PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah kedai serbaneka di Presint 3 di sini semalam kerana disyaki menjual produk makanan tertera perkataan "No Palm Oil" (NPO) atau "Tiada Minyak Sawit" pada plastik pembungkusan produk itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata serbuan yang bermula 11.45 pagi itu ialah berdasarkan aduan awam yang diterima KPDN dan hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemukan produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan NPO.
"Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
"Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jika sabit kesalahan, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
Menurut Armizan, berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 15 Mac 2022 hingga 2 Mei 2024 di bawah perundangan itu, sebanyak 5,057 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara terhadap premis pelbagai peringkat rantaian pengedaran dan daripada jumlah itu, KPDN mendapati terdapat empat kes.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang menjual produk diimport dari luar negara yang tidak mematuhi perundangan berkaitan," katanya.
Armizan berkata jenis kesalahan meliputi pernyataan berbentuk ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang yang melibatkan komoditi utama negara iaitu minyak kelapa sawit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Armizan berkata hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemukan produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan NPO. - Foto fail/Astro AWANI
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.