PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan kira-kira 150,000 hektar kawasan tanaman padi di seluruh negara menggunakan amalan SMART Sawah Padi Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan menjelang 2030.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jumlah keluasan itu meliputi satu pertiga daripada kawasan penanaman padi seluruh negara yang dianggarkan seluas 600,000 hektar.
"Bulan depan saya akan ke Sarawak, antaranya akan berbincang dengan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) secara umum dan hal-hal lain untuk jadikan (Sabah) dan Sarawak sebagai negeri Jelapang Padi kedua.
"Kalau di Kedah kita ada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang memainkan peranan, manakala di Kelantan ada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), di Sabah dan Sarawak pula kita akan adakan yang semacam ini untuk menjadikannya sebagai Jelapang Padi kedua di Malaysia pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Projek SMART SBB Ala Sekinchan di Bendang Tok Ajam di sini hari ini.
Mohamad berkata RM10 juta diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak untuk meneroka tanah menjadi Jelapang Padi bagi mencapai hasrat sebagai antara negara pengeluar padi dunia menjelang 2030.
"Pengenalan amalan Program SMART SBB Ala Sekinchan mampu mengembangkan tanaman padi di Sabah dan Sarawak hingga boleh mencapai padi beras untuk dieksport.
"Kita perlu hasilkan hingga mencapai tujuh tan metrik per hektar, ia syarat minimum untuk capai padi beras eksport. Sekarang ini kita cuma dapat bawah lima tan metrik per hektar," katanya.
Beliau berkata di Kedah, tujuh tan metrik per hektar kini telah meningkatkan kepada 11 tan metrik per hektar, manakala di Pasir Puteh, Kelantan pula pada masa ini hanya empat tan metrik per hektar disasarkan hingga tujuh tan metrik untuk menjadi padi beras eksport.
Menurut Mohamad dengan jumlah minimum tujuh tan metrik per hektar dapat dihasilkan, maka Malaysia akan menjadi pengeskport beras dengan keluasan tanah yang ada, selain hasil meningkat lebih tinggi dengan menggunakan amalan moden berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengendali jentera mesin menanam padi selepas merasmikan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di Bendang Tok Ajam, Pasir Puteh hari ini. - Foto Bernama
Cristiano Ronaldo bantu Al-Nassr raih kemenangan kedua musim ini
Ronaldo menjaringkan gol pembukaan untuk membantu kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Projek mega sektor pertanian bakal merevolusi industri padi dan beras - Bernas
Peruntukan RM5 bilion bagi usaha mentransformasi sektor pertanian bakal merevolusi serta merancakkan lagi industri padi dan beras negara dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.
Takungan air tiga empangan MADA cukup untuk keperluan domestik, tanaman padi
Paras takungan air di tiga empangan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih mencukupi untuk menampung keperluan domestik dan pengairan tanaman padi musim baharu.
Keterjaminan makanan: Perak sedia usaha 11,000 tanah terbiar
Kerajaan negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.
KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April
KADA akan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi jika kemarau berlanjutan sehingga pertengahan April depan.
Musim panas, kering di Kedah tidak jejas tanaman padi
Musim panas dan kering yang melanda negara khususnya di Kedah dilihat tidak memberi kesan terhadap aktiviti tanaman padi di Kawasan Muda, kata Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
KPKM sasar 150,000 hektar kawasan padi guna amalan Smart SBB Ala Sekinchan
KPKM menyasarkan kira-kira 150,000 hektar kawasan tanaman padi di seluruh negara menggunakan amalan SMART SBB Ala Sekinchan.
Tanaman padi di Terengganu dijangka tidak terjejas banjir
Sektor pertanian khususnya tanaman padi di Terengganu dijangka tidak akan terjejas dengan banjir yang mula melanda hari ini.
MADA jangka tanaman padi di Kawasan Muda capai 90 peratus bulan depan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjangkakan status kemajuan aktiviti tanaman padi di Kawasan Muda mencapai 90 peratus pertengahan bulan depan.
Tubuh dana untuk tangani isu keselamatan makanan - Frost & Sullivan
Usaha bersama awam dan swasta adalah penting memandangkan hampir satu juta penduduk di Malaysia kekurangan zat makanan.
Parlimen: Sektor agromakanan berdepan 5 cabaran utama - MAFI
Dalam tempoh lima tahun, seluas 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau.