KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyalurkan sejumlah RM10.01 juta kepada Felcra Berhad bagi pelaksanaan beberapa aktiviti pemerkasaan usahawan luar bandar di bawah Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan aktiviti berkenaan terdiri daripada penglibatan komuniti, kelestarian dan kemampanan industri desa, perlengkapan premis perniagaan dan pembangunan hasil baharu melibatkan 568 usahawan luar bandar terdiri daripada komuniti peserta Felcra Berhad.
"Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
"Ia juga bagi mempelbagaikan sumber pendapatan peserta supaya mereka tidak hanya bergantung kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian anugerah kepada 77 usahawan luar bandar yang memenangi pertandingan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) Felcra Berhad, di sini, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM30,000 kepada pemenang Anugerah Usahawan Jaya Platinum Supreme Nurul Thany Rasidi (kanan). - Foto BERNAMA
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.
KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
KPLB juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB
MARA mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
KPLB peruntuk RM1.16 juta perkasa 'Kampung Kita Keluarga RISDA'
Usaha ini juga bagi meningkatkan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pengusaha getah dan usahawan.
KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.
JPKM bantu lebih 20,000 pelajar lanjut pelajaran di IPT
Matlamat program ini adalah untuk para pelajar yang ada kelulusan (dalam peperiksaan) ditawarkan tempat di IPTA atau swasta.
KPLB komited laksana program tenaga lestari
MARA akan berbincang dengan TNB mengenai pemasangan panel tenaga solar di bumbung kesemua 55 MRSM seluruh negara.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.