PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mempertimbangkan keputusan untuk melupuskan hutang 20,000 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berjumlah RM230 juta.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
"Isu tunggakan hutang ini telah lama dibangkitkan oleh peneroka FELCRA lebih 30 tahun lalu, yang melibatkan beberapa generasi sedia ada termasuk mereka yang telah meninggal dunia.
"Oleh itu, kerajaan sedang pertimbangkan keputusan ini dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA di Kampung Batu Karang, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata antara hutang yang dibuat oleh peneroka FELCRA adalah seperti kos pembangunan termasuk proses pembersihan tanah, pagar serta penanaman pokok, sebelum hutang berkenaan dibayar sebaik mendapat hasil.
"Sekiranya hutang berkenaan tidak dilupuskan, generasi akan datang juga akan mengalami masalah yang sama.
"KPLB mencari jalan terbaik dan mengharapkan ada jalan penyelesaian selepas Pengerusi FELCRA, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub membentangkan perkara tersebut kepadanya nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan ucapan perasmian Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Padang Kampung Batu Karang. - Foto BERNAMA
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.
KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
KPLB juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB
MARA mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
KPLB peruntuk RM1.16 juta perkasa 'Kampung Kita Keluarga RISDA'
Usaha ini juga bagi meningkatkan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pengusaha getah dan usahawan.
KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.
JPKM bantu lebih 20,000 pelajar lanjut pelajaran di IPT
Matlamat program ini adalah untuk para pelajar yang ada kelulusan (dalam peperiksaan) ditawarkan tempat di IPTA atau swasta.
KPLB komited laksana program tenaga lestari
MARA akan berbincang dengan TNB mengenai pemasangan panel tenaga solar di bumbung kesemua 55 MRSM seluruh negara.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.