TUNTUTAN supaya Perdana Menteri Britain Boris Johnson meletak jawatan semakin kuat.

Bekas Menteri Kabinet, David Davis kini menyertai barisan Ahli Parlimen yang mahu beliau berundur.

Setakat ini enam Ahli Parlimen Konservatif mengumumkan secara terbuka hilang kepercayaan terhadap Johnson.

Ramai lagi dijangka mengemukakan surat mengenai hal sama kepada pengerusi kelab penyokong kerajaan.

Bagi membolehkan pertukaran jawatan nombor satu itu, 54 daripada 350 Ahli Parlimen daripada Parti Konservatif harus mengemukakan undi tidak percaya kepada pengerusi jawatankuasa parti. 

BACA: COVID-19: Langgar SOP hadiri parti Krismas, Boris Johnson didesak letak jawatan

BACA: PM UK mungkin berdepan undi tidak percaya

Tuntutan supaya Johnson meletak jawatan timbul susulan kegagalannya bertanggungjawab ke atas isu parti di 10 Downing Street ketika sekatan dikenakan.

Sementara itu, Johnson minta Ahli Parlimen Konservatif untuk tidak menilainya sehingga laporan mengenai kejadian berkenaan dikeluarkan minggu depan.

Politik | Lagi desakan Boris Johnson letak jawatan