TAPAH: Sebuah lori tangki yang membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di bahagian bawah tangki di susur keluar ke Tapah dekat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada Rabu.
Susulan insiden itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu Bidor dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Pasir Puteh, diatur gerak ke lokasi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.52 petang.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran pada bahagian bawah tangki lori tersebut.
"Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas lori tersebut telah menghantar dua buah lori tangki untuk membuat pemindahan bahan," katanya malam tadi.
Sabarodzi berkata, pihaknya telah melaksanakan penyejukan pada bahagian tangki lori menggunakan satu aliran hos dari pam jentera bomba sebelum Hazmat sampai di lokasi.
"Proses pemindahan bahan kimia disahkan selamat dan dilakukan secara manual tanpa menggunakan pam.
"Semburan air pada bahagian yang bocor masih tetap dijalankan dan proses pemindahan peringkat pertama sedang dilakukan.
"Lori tersebut akan dialihkan ke kawasan Rehat dan Rawat Tapah bagi memudahkan pemindahan peringkat akhir. Ia bagi melancarkan aliran lalu lintas ke utara," tambahnya.
Aida Aziz
Wed Mar 06 2024
Lori akan dialihkan ke kawasan Rehat dan Rawat Tapah bagi memudahkan pemindahan bahan kimia peringkat akhir dan melancarkan aliran lalu lintas PLUS arah utara. - Foto JBPM Perak
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
Lori tangki bawa metanol bocor di lebuh raya
Sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di susur keluar ke Tapah dekat PLUS arah utara pada Rabu.
KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.
APMM tahan lima lelaki, sita 28,000 liter diesel bersubsidi
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.
20 maut dalam letupan ketika cedok minyak dari lori tangki
Sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.
Anak maut, ibu patah kaki dalam nahas bas dan lori tangki
Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya patah kaki dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Segamat pada Sabtu.
Dua remaja perempuan maut, nahas lori buat pusingan U
Polis sedang giat mengesan lori yang terlibat dalam nahas itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KPDN Pahang rampas 106,000 liter diesel bersubsidi
KPDN Pahang menemukan sebanyak 106,000 liter diesel bersubsidi, dipercayai diseleweng, bernilai kira-kira RM266,900, menerusi Ops Tiris, Rabu lepas.
Semua lorong arah selatan Kuala Kangsar-Ipoh masih ditutup
Penutupan lorong berkenaan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Tiga cedera bas ekspres dilanggar lori tangki
Kemalangan jam 4.20 pagi itu menyebabkan bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.