SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pada tahun lepas kutipan zakat di Selangor meningkat dengan positif, iaitu sehingga November 2023 melebihi RM791 juta iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Pada 2022, LZS mencatat pencapaian bersejarah dengan prestasi agihan dan kutipan zakat tertinggi melebihi RM1 bilion sejak penubuhannya selama lebih 25 tahun, iaitu RM1.07 bilion bagi kutipan dan agihan zakat berjumlah RM1.05 bilion.
"Saya mengharapkan LZS dapat meluaskan lagi agihan zakat dan berkongsi rezeki melalui peruntukan amil kepada Universiti Islam Selangor (UIS) bagi tujuan pembangunan pendidikan," katanya ketika berucap sempena majlis perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2024 dan pelancaran Pelan Anti Rasuah MAIS, di sini hari ini.
Selain itu katanya LZS juga diharap dapat menyumbang wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan membantu anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) seperti yang dilaksanakan oleh Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd yang hampir setiap tahun berkongsi rezeki menyumbang kepada PWS dan YIDE.
Katanya bagi prestasi keseluruhan kutipan wakaf oleh PWS yang merangkumi wakaf tunai, wakaf khas dan manfaat wakaf (sewaan) pada tahun lepas adalah berjumlah RM75.498 juta dengan pencapaian 98 peratus daripada jumlah kutipan yang disasarkan.
"Sehubungan dengan itu, bagi sasaran 2024 ini, saya menyasarkan kutipan wakaf lebih tinggi iaitu sebanyak RM100 juta bagi keseluruhan jenis kutipan wakaf," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Pelan Anti Rasuah MAIS menggariskan lima bidang utama iaitu Pengurusan Pentadbiran, Perolehan, Projek, Agihan dan Sumbangan Baitulmal dengan 39 inisiatif diwujudkan bagi mencegah gejala rasuah berlaku dikalangan warga MAIS, agensi dan anak syarikat serta masjid, surau dan sekolah agama Islam di bawah MAIS.
"Seharusnya penyelewengan tidak berlaku di mana-mana institusi Islam di Selangor ini. Pegawai atau warga kerja terutamanya menguruskan wang zakat, wang wakaf dan lain-lain perlulah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Pastikan tiada satu sen pun wang diselewengkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab pertanyaan media selepas Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah MAIS dan Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Bagi Tahun 2024. - Foto BERNAMA
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Status agama Islam: Mahkamah tolak rayuan wanita
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan seorang wanita bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit
Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa, titah baginda.
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
MAIS hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.