Awal pagi ini, hujan turun di kebanyakan tempat terutamanya di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan.

Rata-rata orang ramai mengucapkan syukur dan berharap agar ianya dapat memulihkan kualiti udara negara.

Namun begitu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 10 pagi ini menunjukkan beberapa peningkatan bacaan IPU terutamanya di Banting.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan berkenaan ialah 152, meningkat sedikit daripada bacaan 135 pada jam 8 pagi tadi.

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang pada 10 pagi ini masih 86.

Lain-lain tempat seperti Putrajaya dan Cheras menunjukkan peningkatan namun masih di tahap sederhana.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi keadaan kualiti udara selepas hujan turun pagi tadi di tempat masing-masing.