KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun bertekad memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nanta berkata komitmen itu dizahirkan semasa pertemuan beliau dengan Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun Kokuba Konosuke di Tokyo pada Rabu.
“Pertemuan ini menjadi kesinambungan hubungan baik antara Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai sejak 65 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata komitmen memperkukuh kerjasama antara Malaysia dengan Jepun selaras dengan tema Dasar Pembinaan Negara 2030 iaitu Pendigitalan Sektor Pembinaan Negara.
“Dalam hal ini saya yakin Malaysia dapat memanfaatkan kepakaran teknologi Jepun dalam sektor pembinaan dan infrastruktur.
“Perbincangan turut tertumpu kepada potensi kerjasama yang boleh diteroka oleh Malaysia dan Jepun dalam sektor pembinaan selain bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dalam aspek teknikal di peringkat pegawai kedua-dua pihak,” katanya.
Nanta juga berkata Jepun bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan serta jemputan menyertai program antarabangsa anjuran agensi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang akan diadakan tahun ini.
Katanya dua program yang akan dilaksanakan adalah Highway Concession Conference pada 24 - 25 Sept dan International Construction Week pada November depan.
“Saya berharap pertemuan empat mata ini akan memberi hasil positif dengan dimuktamadkan menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dihasratkan untuk dimeterai pada suku kedua 2024 dan seterusnya pada program Kementerian Kerja Raya sempena Ekspo Dunia Osaka 2025,” jelasnya.
Nanta berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Bernama
Thu Apr 25 2024
Malaysia dan Jepun bertekad memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun. -Facebook
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP
Pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang dirangka dan dilaksanakan termasuk program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis
Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP.
Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul
Kelulusan keahlian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu mesti berdasarkan konsensus.
United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
MITI bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi PKS Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 CPTPP di New Zealand.
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.