KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan statistik Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), seramai 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di negara ini tahun lepas manakala nisbah jurutera kepada penduduk Malaysia ialah 1:170 berbanding 1:100 di negara maju seperti Jerman dan Perancis.
Daripada angka tersebut, 172,900 terdiri daripada jurutera siswazah, 5,900 jurutera profesional dan 9,100 jurutera profesional dengan sijil amalan.
"Angka tersebut menunjukkan masih terdapat permintaan yang tinggi untuk profesion jurutera di Malaysia dalam usaha ke arah mencapai status negara pengeluar teknologi," menurut kenyataan berkenaan.
Statistik tersebut dinyatakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang ketika merasmikan Hari Kejuruteraan Sedunia 2023 peringkat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bertemakan Engineering Possibilities, di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Dzuleira Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata melalui sambutan itu, MRANTI menyokong hasrat untuk mempromosi kejuruteraan sebagai pilihan kerjaya dan menghidupkan semula semangat dalam kalangan generasi muda untuk kemungkinan dan peluang yang tersedia dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
MRANTI juga menyediakan pusat inovasi komuniti yang dikenali sebagai MakersLab bertemakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang merupakan pusat untuk komuniti inovator berkumpul dan bertukar idea bagi menjalankan eksperimen dalam meningkatkan penciptaan dan inovasi tempatan.
"Aktiviti bengkel STEM dalam bidang tenaga-boleh-diperbaharui, pengekodan dan robotik ditawarkan termasuk Program Sijil Reka Bentuk Simulasi Industri dan kursus Inovasi Percetakan 3D," katanya.
Selain itu, Pertandingan Cabaran Reka Bentuk turut dilancarkan sempena Hari Kejuruteraan Sedunia 2023 yang merupakan seruan kepada belia untuk melibatkan diri dalam dialog berkaitan gaya hidup di bandar yang lebih inklusif dari segi sosial, kemampanan diri dan penjanaan semula alam sekitar.
Belia siswazah dan lepasan ijazah dari bidang kejuruteraan dan pelbagai disiplin lain dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan melontarkan idea bandar pintar paling inovatif dalam bentuk prototaip yang boleh diaplikasi.
Menurut MOSTI, penyertaan terbaik bakal menerima ganjaran pelaburan bernilai sehingga RM30,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Seramai 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di negara ini tahun lepas manakala nisbah jurutera kepada penduduk Malaysia ialah 1:170 berbanding 1:100 di negara maju seperti Jerman dan Perancis. - Foto MOSTI
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.
MOSTI bakal lancar Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan - Lih Kang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melancarkan Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE) dalam masa terdekat.
MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.