SHAH ALAM: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuat siasatan secara menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat dengan kes pedofilia ke atas murid di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dikelolakan oleh institusi itu.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan dari Ibu Pejabat MARA akan turun ke sekolah berkenaan bagi menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.
"Saya telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dan perlu dijalankan segera.
"Dalam pada itu, guru berkenaan digantung tugas sehingga siasatan selesai," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kenyataan tular seorang pengguna aplikasi X yang mendakwa terdapat guru merupakan pedofil di salah sebuah cawangan Maktab Rendah Sains MARA di Kelantan.
Guru terbabit didakwa masih mengajar secara bebas walaupun pernah ditangkap beberapa kali sebelum ini.
Menurut hantaran itu, dia dan kawan-kawan pernah menjadi mangsa guru berkenaan ketika menjadi pelajar sekolah itu.
Pengguna itu juga berharap pelajar yang pernah menjadi mangsa guru terlibat tampil ke hadapan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024
Asyraf berkata beliau telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dan perlu dijalankan segera. - Foto Astro AWANI
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Mara sedia pembiayaan untuk hantar anak, cucu peneroka Felda belajar di luar negara - Zahid
Mara akan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak dan cucu peneroka Felda bagi tujuan melanjutkan pengajian ke luar negara.
MCMC bantu naik taraf jaringan internet di 342 institusi pendidikan MARA
MCMC bersetuju membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di 342 IPMa bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di institusi itu.
'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku yang dilakukan pelajar termasuk anak-anak kenamaan.
Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah
UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan KPT.