KUALA LUMPUR: Penggunaan tembakau merupakan salah satu ancaman kesihatan awam terbesar yang pernah dihadapi dunia dengan statistik menunjukkan tabiat itu membunuh lebih daripada lapan juta penduduk dunia saban tahun, kata pengamal perubatan, Dr Arifin Fii.
Dr Arifin memaklumkan, lebih tujuh juta daripada kematian di seluruh dunia itu adalah akibat penggunaan tembakau secara langsung manakala sekitar 1.2 juta adalah akibat daripada bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok.
Di Malaysia, kata Dr Arifin, terdapat kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok.
"Laporan media juga melaporkan bahawa kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM7.4 bilion untuk rawatan penyakit utama yang disebabkan oleh merokok, seperti kanser paru-paru dan masalah jantung koronari menjelang 2025.
"Walaupun terdapat banyak program intervensi yang dimulakan oleh Kerajaan, tidak ramai perokok yang berjaya berhenti.
"Pada 2019, dilaporkan bahawa dalam tempoh tujuh tahun, seramai 73,836 perokok menyertai program berhenti merokok di Malaysia, tetapi kesemuanya 23 peratus berhenti dalam tempoh enam bulan, mewakili hanya 16,930 individu," katanya menerusi satu rencana yang disiarkan sebuah portal baru-baru ini.
Katanya lagi, jelas daripada statistik bahawa strategi semasa untuk mengurangkan tabiat merokok tidak mencukupi dalam melaksanakan agenda kesihatan awam negara kita.
Oleh itu, Dr Arifin berpendapat, adalah penting untuk Kerajaan terus menilai strategi berkaitan dengannya untuk mengurangkan morbiditi dan kematian berkaitan tembakau.
Astro Awani
Sun Feb 20 2022
Di Malaysia, terdapat kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok. - Gambar hiasan
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan
Padah menjadi perantara untuk memberi rasuah bagi pihak sindiket penyeludupan, seorang penjawat awam antara yang ditahan pihak berkuasa.
PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta
Hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing.
GEG: KKM kaji kawalan penggunaan rokok, vape serentak
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).
Tangguh dulu pengecualian cecair vap nikotin daripada Akta Racun 1952
Belum ada undang-undang yang jelas mengenai vap di negara ini.
Vape beri tanggapan seolah-olah benda buruk jadi baik - KKM
Cabaran sebagai pengamal perubatan dan pembuat polisi untuk menangani penggunaan produk tembakau menjadi lebih sukar akibat pengenalan produk pengewap atau vape.
Kerajaan Australia komited banteras tabiat merokok dan vape
Vape mula diharamkan secara bertahap susulan kerajaan sedang cuba melindungi generasi seterusnya daripada dibelenggu ketagihan nikotin.
Maritim Malaysia tumpaskan cubaan seludup 4.8 juta batang rokok
Kesemua rokok kretek berkenaan disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.
Britain galakkan perokok tukar kepada vape
Wanita hamil yang merokok pula akan ditawarkan insentif kewangan untuk membuat perubahan menukar rokok kepada vape.
Vape dan rokok tidak harus dilihat sebagai punca pendapatan negara - Pakar
Jika kedua-dua industri ini dilihat sebagai punca pendapatan, akan sentiasa wujud hujah yang akan menghalang GEG mengambil tempat.