KEPALA BATAS: Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan malam ini dijangka akan membincangkan persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ahli MKT UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selain itu, antara yang akan dibincangkan adalah persiapan menghadapi banjir.
“Malam ini perbincangan lebih kepada persiapan seandainya pilihan raya akan berlaku dan sedemikian juga kalau ada perkara berbangkit yang lain, termasuk soal membabitkan banjir.
“Sebab itu saya dah cakap kita dalam parti UMNO ini kita bersiap sedia dalam dua perkara, dua keadaan iaitu PRU dan banjir kita kena bersiap sedia. Kita akan turun ke kawasan kalau tuntutan perlembagaan itu memerlukan kita turun, (bantu) itu pun sama kalau seandainya berlaku banjir,” katanya.
BACA: PM Ismail Sabri umum Parlimen dibubar, beri laluan kepada PRU15
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat khas MKT UMNO, malam ini.
Mengenai kesiapsiagaan menghadapi musim banjir beliau berkata, UMNO di semua peringkat sudah membuat persediaan rapi termasuk juga pasukan bomba.
Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditemui ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin.
Media melaporkan UMNO akan mengadakan mesyuarat khas parti berkenaan malam ini dipercayai bagi memperinci persiapan PRU15 dan memuktamadkan bentuk kerjasama dengan Pas.
Panggilan mesyuarat itu disahkan melalui satu surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober.
Terdahulu, semasa majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Kepala Batas, Ahli Parlimen itu turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada 37 buah masjid dan RM2,000 kepada 76 buah surau di dalam Parlimen Kepala Batas.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Oct 10 2022
Reezal Merican menjawab pertanyaan media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim hari ini. - Foto BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.