KUALA LUMPUR: UMNO akan mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara dalam talian petang esok, 3 Ogos. 

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ia bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.

“UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara Istana dan kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

BACA: UMNO minta Muhyiddin, Takiyuddin undur - Ahmad Zahid

BACA: UMNO tarik sokongan kepada Muhyiddin tapi masih sokong Perikatan Nasional

BACA: Kerajaan PN masih dapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen - Ismail Sabri

UMNO sebelum ini mengumumkan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun masih menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda

BACA: Apabila Darurat tidak akan disambung, Kerajaan nasihati Agong batal semua Ordinan - PMO

BACA: Ahli-ahli Parlimen BN umum kekal sokong PN, Muhyiddin demi agenda bela rakyat

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara pada Khamis lalu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19 ini.