GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin telah menyerahkan nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Saya telah menghantar nama lima doktor itu dan jabatan mereka bertugas, yang didakwa membuli di HPP untuk diperiksa oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan beliau telah menjawabnya (berhubung doktor-doktor tersebut)," katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Dr Norlela berkata bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
"Nama (yang dikemukakan) bukan mengenai kematian itu kerana kes masih dalam siasatan. Cuma saya nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan," katanya.
BACA: Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco
BACA: Dakwaan buli doktor pelatih, JKNNS kesan dua doktor pakar terlibat
BACA: MMA terima 36 kes buli sejak 2017
BACA: Pembuli doktor pelatih sila berhenti sebelum tindakan diambil - Exco Melaka
Pada 17 April lepas, doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran, di Jalan Datuk Keramat di sini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
Pada 6 Mei lepas, Khairy turut dilaporkan berkata KKM akan menubuhkan 'task force' bebas atau pasukan petugas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih itu.
BACA: Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
BACA: Polis akan rekod keterangan ahli keluarga doktor pelatih di HPP maut
BACA: Bekas doktor pelatih cuba bunuh diri kes lama, JKNK sedia siasat lanjut - Dr Zaini
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022

DR NORLELA: Saya cuma nak maklumkan bahawa saya juga telah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada Menteri Kesihatan. - Gambar fail/Astro AWANI

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

HFMD: 3,990 kes direkodkan di Pulau Pinang
Sehingga minggu epid ke 23 jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 22 kali ganda di negeri itu.

Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun
Notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini.

HFMD: 54 kluster dilaporkan di Pulau Pinang, kes meningkat 8.4 kali ganda
Peningkatan kes melibatkan taska, tadika, pusat jagaan harian dan pra sekolah berbanding hanya tujuh kluster dilaporkan pada tahun lalu.

Kenaikan mendadak, 959 kes HFMD direkodkan di Pulau Pinang sejak Januari - Dr Norlela
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merekodkan sebanyak 959 kes penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu sejak Januari.

Norlela serah nama lima 'doktor pembuli' kepada KKM
Bagaimanapun lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini.

Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
Norlela berkata, alasan Jabatan Kesihatan Negeri bahawa masalah berlebihan bebanan kerja kerana kurang tenaga kerja, sukar untuk diterima.

Kerajaan P. Pinang akan tutup operasi ladang babi tidak patuh syarat enakmen
Kerajaan Pulau Pinang akan bertindak lebih tegas terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016.

25,663 kanak-kanak di P. Pinang sudah terima sudah vaksin COVID-19
Jumlah itu meningkat sehingga semalam berbanding hanya 530 orang pada 11 Februari lalu.

PICKids Pulau Pinang berjalan lancar, 40,000 kanak-kanak daftar terima suntikan vaksin
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Pulau Pinang yang bermula hari ini berjalan lancar .

Dua lagi kluster pendidikan direkodkan di P. Pinang - Exco
Dua lagi kluster pendidikan direkodkan di Pulau Pinang semalam, menjadikan keseluruhan kluster melibatkan pelajar institusi pendidikan dijangkiti COVID-19 yang masih aktif di negeri itu sebanyak 10.