PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang dalam proses rundingan bagi mewujudkan satu dasar kebangsaan berhubung pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) 2022.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagi memastikan hasil yang terbaik, NRES melalui Jawatankuasa Rundingan Kebangsaan telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan yang merangkumi kementerian, agensi kerajaan, industri dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kami akan terus melibatkan masyarakat sivil secara inklusif dalam merumuskan pendirian kami mengenai GPT. Penguatkuasaan GPT akan membawa kepada pengurangan penggunaan plastik yang tidak perlu melalui peralihan yang adil," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan NRES hari ini.
Beliau berkata sehingga kini Malaysia telah mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan antarabangsa mengenai GPT di peringkat Jawatankuasa Rundingan antara Kerajaan (INC) untuk membangunkan instrumen antarabangsa yang mengikat secara sah mengenai pencemaran plastik termasuk terhadap alam sekitar marin.
Sementara itu merujuk kepada tinjauan yang dilaksanakan oleh organisasi antarabangsa Greenpeace International baru-baru ini, Nik Nazmi berkata hasil yang diperoleh daripada tinjauan itu membuktikan sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan memastikan pengurangan penggunaan plastik.
"Sokongan di Malaysia lebih tinggi berbanding purata global iaitu 82 peratus, yang menunjukkan bahawa langkah ke arah kelestarian disokong oleh rakyat. Sesungguhnya ia merupakan prinsip teras agenda Malaysia MADANI," katanya.
Tinjauan itu mendapati 87 peratus daripada 1,000 rakyat Malaysia yang tinggal di 17 bandar di seluruh negara menyokong agar pengeluaran plastik dikurangkan bagi memerangi pencemaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Nik Nazmi berkata, NRES melalui Jawatankuasa Rundingan Kebangsaan telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan yang merangkumi kementerian, agensi kerajaan, industri dan NGO. - Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
NRES dalam proses rundingan usahakan dasar kebangsaan berkaitan plastik
NRES sedang dalam proses rundingan bagi mewujudkan satu dasar kebangsaan berhubung pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) 2022.
Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.
Kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan sedang dilaksana, dijangka siap 2025
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang melaksanakan kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat yang dijangka siap pada 2024.
NRES sasar 25 rumah ibadat hijau diwujudkan setiap tahun - Nik Nazmi
Ia bertujuan menjadikan rumah ibadat sebagai pusat pemangkin kelestarian alam selain menjadi premis contoh amalan kecekapan tenaga.
Tanah runtuh: NRES kaji pemasangan sistem amaran awal
NRES akan mengkaji kesesuaian pemasangan sistem amaran awal seperti tolok hujan secara komprehensif terutama di kawasan yang dikenal pasti berkerentanan tinggi tanah runtuh.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.