BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), akan menyediakan beberapa unit tangki air jumbo di setiap daerah, sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air mulai 10 hingga 13 Jan ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter, bertujuan untuk mengisi semula air dalam tangki statik yang diletakkan di tempat awam.
Beliau berkata PBAPP juga, menggunakan lapan tangki lori untuk dihantar ke hospital dan pusat dialisis yang terjejas di negeri itu, bagi memberi kemudahan kepada pusat tersebut sepanjang berdepan gangguan bekalan air.
"Selain PBAPP, agensi lain antaranya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga akan menggunakan lori tangki, bagi kerja penghantaran air mengikut jadual ditetapkan.
"Sebanyak 35 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di setiap daerah negeri ini termasuk PBS Parit Buntar pula, akan membantu dalam operasi ini yang mana mereka menggerakkan jentera ke lokasi yang ditentukan untuk kerja pembekalan air," katanya dalam sidang media selepas meninjau persediaan PBS Juru menghadapi gangguan bekalan air yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk supaya menyimpan air secukupnya dan tidak membuat persiapan di saat akhir.
Chow berkata gangguan air di negeri itu, disebabkan oleh pemberhentian operasi Loji Rawatan Air Sungai Dua, yang membekalkan 85 peratus air kepada pengguna di Pulau Pinang, bagi kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1,200 milimeter (mm).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Chow Kon Yeow berkata PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter. - Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Penduduk ambil air Bukit Kg. Sepakat untuk kegunaan ketika gangguan bekalan air
Kawasan Bukit Kampung Sepakat menjadi tumpuan penduduk sejak hari Rabu lepas bagi mendapatkan bekalan air bersih.
Masalah bekalan air di Jertih jejaskan ekonomi penduduk setempat
Antara yang terkesan dengan masalah itu ialah perniagaan kedai dobi dan pengusaha resort di dalam kawasan tersebut.
P. Pinang sedia tangki air jumbo di setiap daerah bagi persediaan hadapi gangguan bekalan
Chow Kon Yeow berkata PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter.
Gangguan bekalan elektrik di Sabah akibat cuaca tidak menentu
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan bantuan kontraktor yang dilantik sedang giat melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang terputus akibat cuaca tidak menentu.
Harga minyak sawit dijangka kekal tinggi, berlegar RM5,500 satu tan metrik tahun ini
Gangguan bekalan minyak sayuran utama timbul susulan keadaan cuaca kurang baik, ketegangan geopolitik dan masalah bekalan baja.
Raya tiada air bukan 'cerita lawak', pengguna kesal sambutan Aidilfitri terjejas
Kegembiraan menyambut Aidilfitri sesama keluarga terpaksa dipendekkan gara-gara bedepan situasi menyulitkan.
Gangguan bekalan telur ayam disebabkan permintaan, pembelian mendadak
Ladang ternakan ayam dan telur serta syarikat logistik penghantaran tidak beroperasi sepanjang dua hari cuti umum juga antara faktor penyumbang.
Gangguan bekalan air di Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu mulai esok - AKSB
Penduduk diminta menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara LRA Merbau Chondong untuk kerja-kerja pembaikan.
Memo gangguan ubat di HRPB untuk edaran dalaman bagi persediaan awal
Bekalan ubat-ubatan ini tidak terputus sepenuhnya, sebaliknya dibekalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan perolehan.
Gangguan air: 13 kawasan di Kuala Lumpur mula terima agihan bekalan
Kerja-kerja pembaikan paip berkenaan telah siap sepenuhnya dan bekalan air diagihkan setelah pemeriksaan kualiti menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).