BERA: Kerajaan Pahang merancang untuk mewujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembangunan zon di daerah akan memberikan kepelbagaian pilihan kepada pelabur asing daripada berbagai-bagai sektor, yang tidak hanya tertumpu di Kuantan.
"(Dalam lawatan rasmi ke China baru-baru ini), kita telah berjumpa dengan pelabur-pelabur dan memaklumkan bahawa semua daerah akan diwujudkan zon industri serta menyatakan infrastruktur negeri ini (dalam proses menaik taraf) akan bertambah baik menjelang awal 2027 apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap sepenuhnya.
"Selain itu, turut dimaklumkan bahawa Kuantan Port (akan) dikembangkan dan ini akan memudahkan penghantaran produk untuk eksport dan import," katanya pada sidang media program Moh Karnival Makmur Tahun 2024 Peringkat Daerah Bera di sini pada Sabtu.
Wan Rosdy berkata demikian ketika diminta mengulas lawatan rasmi beliau ke China baru-baru ini dalam mengukuhkan lagi hubungan pelaburan dan perdagangan antara Pahang dan China pada masa akan datang.
Beliau berkata, maklum balas positif diterima hasil daripada pertemuan berkenaan apabila semua pelabur yang menghadiri mesyuarat di negara itu menunjukkan minat untuk melabur di Pahang, bagaimanapun kerajaan negeri akan mengkaji dahulu permohonan terbabit sebelum meluluskannya.
"Kita tidak terima secara pukal atau total kerana perlu kaji dulu. Bagaimanapun, kita galakkan mereka untuk datang melabur dan insentif yang ada, akan kita kekalkan sepertimana sebelum ini.
"Dalam mesyuarat itu juga, kita membangkitkan sekurang-kurangnya syarat yang perlu dipatuhi (pelabur) adalah (menggajikan) 80 peratus pekerja tempatan. Peringkat awal tidak mengapa, mungkin 60 peratus tetapi akhirnya (perlu) 80 peratus dan mereka bersetuju dengan ketetapan tersebut," katanya.
Setakat 2022, Pahang telah berjaya menarik RM11.01 bilion pelaburan langsung asing (FDI) dengan RM5.6 bilion daripadanya dari China. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Wan Rosdy berkata, pembangunan zon di daerah akan memberikan kepelbagaian pilihan kepada pelabur asing daripada berbagai-bagai sektor, yang tidak hanya tertumpu di Kuantan. - Gambar fail/Astro AWANI
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
PRK Kuala Kubu Baharu: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
AWANI Ringkas: Dakwaan palsu | Negara hilang pemimpin reformis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNFF19: Malaysia nyata komitmen kekal 50 peratus liputan kawasan berhutan
Sehingga kini Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM
Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024
Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan.
Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini
Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Terengganu terus menurun, Pahang, Johor kekal malam ini
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menurun manakala Pahang dan Johor pula kekal dengan jumlah keseluruhan seramai 524 orang.