Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu.
"Sehingga kini seramai 54 saksi baharu dirakamkan percakapan melibatkan saksi polis, saksi awam dan saksi pakar yang membawa kepada 115 orang telah dirakam percakapan sepanjang siasatan kes ini berlangsung.
"Saya mahu berlaku adil kerana tiada apa yang nak disembunyikan, apa pun siasatan penuh telah dibuat namun kami tidak temui bukti kukuh menyatakan bahawa ada seseorang yang nampak arwah ditangkap, dipukul dan sebagainya," katanya kepada Bernama pada majlis serah terima tugas Pengarah JSJK yang baharu di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata berikutan dakwaan serta pandangan beberapa individu bahawa Muhammad Adib diperlakukan sedemikian (ditangkap, dipukul dan sebagainya) pihaknya sekali lagi mencadangkan supaya inkues berkenaan dilakukan.
"Saya mohon kononnya pihak yang dakwa dia (Adib) dipukul dan sebagainya untuk tampil ke depan. Jika betul ada bukti apa nak takut, inkues tidak akan membuatkan individu yang dirakam percakapan dimasukkan ke dalam penjara.
"Polis tahu bagaimana cara hendak mengambil keterangan namun apabila mereka ini diletakkan menjalani ujian siasatan mendapati terdapat unsur pembohongan jadi kami sarankan inkues dilakukan lagi secara menyeluruh," katanya.
BACA: Kes Adib: Cadangan buka semula inkues, tuduh 12 suspek - Hamzah
BACA: KPKT serah kepada keluarga Adib untuk saman polis
BACA: Kes Adib: Polis cadang tubuh pasukan kajian semula, cari seorang saksi yang meyakinkan
Beliau mengingatkan mana-mana individu supaya berhati-hati mengeluarkan tuduhan yang mendakwa polis tidak melakukan kerja sebaik mungkin dalam menyelesaikan kes ini.
Abdul Hamid dalam pada itu berkata PDRM masih menunggu arahan lanjut berhubung kes itu setelah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.
Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020
Abdul Hamid mengingatkan mana-mana individu supaya berhati-hati mengeluarkan tuduhan yang mendakwa polis tidak melakukan kerja sebaik mungkin dalam menyelesaikan kes ini. - Gambar fail
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.