KOTA BHARU: Seorang pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerja pada Oktober tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 45 itu diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 selepas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan pertama, bekas Penolong Pengarah Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan MPKB itu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita terbabit di sebuah pejabat MPKB, kira-kira jam 9.30 pagi pada 12 Oktober 2023.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dituduh melakukan perkara sama di pejabat yang sama kira-kira jam 9.30 pagi pada 26 Oktober 2023.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Fariduddin Mat Noor.
Muhammad Fariduddin memohon mahkamah mengenakan ikat jamin minimum kepada anak guamnya kerana yakin tertuduh tidak akan mengganggu mangsa dan keluarga serta saksi kes.
Peguambela itu turut memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh masih menanggung seorang isteri, dua anak serta ibu bapa yang sudah uzur.
Mahkamah juga diberitahu bahawa tertuduh tidak pernah ada rekod jenayah lampau dan merupakan seorang pekerja yang mempunyai komitmen dan pernah beberapa kali menerima anugerah perkhidmatan cemerlang sepanjang 23 tahun berkhidmat.
Majistret kemudian menetapkan 28 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes dan bersetuju dengan syarat tambahan yang dikemukakan pendakwa raya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024
Tertuduh yang berusia 45 itu diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 selepas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid. - Gambar hiasan
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Pegawai MPKB dituduh cabul rakan sekerja
Seorang pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerja pada Oktober tahun lalu.
Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan
Polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan, pada Isnin.
Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak
Yahaya
Tukang cuci wanita dipenjara empat tahun, denda RM3,000 cabul wanita lain
Tindakan seorang tukang cuci wanita warga Indonesia mencabul wanita lain di tandas, mengundang padah apabila dia dihukum penjara empat tahun dan denda RM3,000.
Buruh dituduh cabul anak angkat
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual dengan mencabul anak angkatnya pada 10 Disember lalu.
Cucu penyanyi terkenal era 70-an didakwa amang seksual sepupu sendiri
Seorang cucu penyanyi wanita terkenal era 70-an mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya, tiga bulan lalu.
Buruh laku amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki dipenjara 8 tahun, 2 sebatan
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan ke atas seorang buruh selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.