PORT DICKSON: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang pelajar sekolah selepas dipercayai menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya antara kilometer 14 hingga 20 di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson arah Seremban dan Port Dickson pada Ahad.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penahanan mereka dilakukan oleh sepasukan polis dari bahagian risikan dan operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman antara jam 1 tengah hari hingga 2.35 petang.
"Masing-masing berumur 17 hingga 20 tahun didapati menunggang motosikal dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta meluruskan kedua-dua kaki ala Superman semasa berada di atas jalan raya.
"Aksi tersebut adalah berbahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Jelasnya, sebelum tangkapan dijalankan, seorang daripada mereka dari arah Seremban ke Port Dickson manakala empat lagi dari arah Port Dickson ke Seremban.
"Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
"Memandu atau menunggang dengan cara melulu dan bahaya boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000-RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun jika sabit kesalahan," katanya.
*Berita asal di SInar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 01 2021
Polis menahan lima lelaki termasuk seorang pelajar sekolah selepas dipercayai menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya antara kilometer 14 hingga 20 di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson arah Seremban dan Port Dickson pada Ahad.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Penunggang RXZ maut dalam perjalanan ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus
Keadaan jalan yang gelap menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar tayar treler.
Penunggang motosikal maut nahas, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal itu berlaku di Jalan Ipoh-Lumut arah Lumut.
Sanggup berhabis hampir setengah juta demi RX-Z
Wan Noor Azmirulllah memiliki lebih 25 buah Yamaha RX-Z sama ada edisi Boss mahupun Catalyzer yang popular ketika ini.