KUALA LUMPUR: Pelajar yang berminat meneruskan pengajian dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinasihatkan untuk memeriksa penarafan institusi pendidikan terlebih dahulu, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk P. Sri Ganes.
Beliau berkata hal ini penting bagi memastikan kursus yang ditawarkan sesuai dengan permintaan dan kebolehpasaran industri.
Sri Ganes berkata ranking penarafan kolej-kolej TVET ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi parameter yang telah ditetapkan berdasarkan permintaan dan indikasi holistik daripada penggiat industri bagi mengelak isu ketidakpadanan.
Penilaian itu menurutnya, dijalankan setiap dua tahun untuk memastikan status pelaksanaan program TVET mengikut piawaian KESUMA. Selain itu, institusi pendidikan juga perlu mengemukakan dokumen audit yang akan dilakukan secara fizikal.
"Antara aspek yang diteliti semasa lawatan ialah sama ada fasiliti latihan memenuhi spesifikasi industri atau sebaliknya, pelaksanaan program mengikut kehendak industri, tahap kebolehpasaran graduan TVET, dan penerimaan gaji mengikut kesesuaian industri dan persijilan yang ditawarkan," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Sri Ganes menasihati pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan supaya menyemak penarafan institusi pendidikan melalui laman web rasmi JPK https://www.dsd.gov.my/.
Anak syarikat SG Education Group, SG Akademi, peneraju utama TVET sejak 2001 menerima penarafan lima bintang bagi 2023 oleh JPK pada minggu lepas, iaitu empat tahun berturut-turut bermula 2019.
Pengiktirafan secara konsisten kepada SG Akademi itu bukan sahaja mengiktiraf sumbangan institusi pendidikan itu kepada kelestarian TVET, malah turut menekankan kepentingan akreditasi kerajaan dalam memastikan kualiti dan kredibiliti program-program TVET di Malaysia.
Penarafan lima bintang itu dianugerahkan kepada 11 program yang ditawarkan SG Education antaranya Pengendalian Dron, Pemerintahan Misi Dron, Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Operasi Sistem Komputer, Pentadbiran Sistem Komputer, Pembangunan Kandungan Kreatif, Rekabentuk Multimedia Interaktif, Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri, Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri dan Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri.
Sehingga kini, terdapat sebanyak 1,345 institusi TVET di Malaysia yang membabitkan 12 kementerian selain 94,000 pelajar sedia ada TVET di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Sehingga kini, terdapat sebanyak 1,345 institusi TVET di Malaysia yang membabitkan 12 kementerian selain 94,000 pelajar sedia ada TVET di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. - Gambar hiasan/Dagang News
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).