MELAKA: Penceramah tempatan dari luar Melaka atau luar negara yang ingin menyampaikan dakwah di negari ini perlu mendapatkan kebenaran khas dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), kata Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Beliau berkata ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah (perselisihan) antara masyarakat di negeri ini.
"Jika penceramah tempatan dari luar Melaka, kita akan periksa sekiranya mereka telah mendapat tauliah dari negeri asal mereka dan dalam masa yang sama mereka boleh datang dan membuat permohonan mendapatkan tauliah mengajar di Melaka.
"Manakala dari Melaka sendiri, kita akan semak sama ada individu itu telah mendapatkan tauliah mengajar dari kami," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim di Bukit Palah di sini hari ini.
Abdul Halim berkata bagi penceramah luar negara, mereka perlu mengemukakan permohonan dan dalam masa yang perlu menyertakan biodata serta sejarah perjalanan masuk ke Malaysia adalah secara sah.
"Kita tidak ada senarai hitam atau putih namun mereka (penganjur dan penceramah) haruslah jujur dan bertanggungjawab. Jika mereka tidak menghormati negeri asal dia bermastautin untuk mendapatkan tauliah, saya rasa kita agak sukar untuk menimbangkannya," katanya.
Bagi penganjur pula, beliau berata mereka perlu mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum penganjuran sebarang majlis di masjid atau surau yang menggunakan penceramah dari luar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2023
Abdul Halim berkata bagi penceramah luar negara, mereka perlu mengemukakan permohonan dan dalam masa yang perlu menyertakan biodata serta sejarah perjalanan masuk ke Malaysia adalah secara sah. - Foto fail/Sinar Harian
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki penggal kucing
Mahkamah Sesyen Kuching menolak pengakuan bersalah seorang penganggur lelaki yang dituduh memenggal kepala seekor kucing milik jirannya.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah.
Tular video beri ceramah berbaur rasis, penceramah Hew Kuan Yew ditahan
Hew menggunakan isu berbaur perkauman yang dilihat sengaja mengapi-apikan hubungan antara Melayu dan Cina.
Penceramah yang ditahan dalam kes amang seksual dibebaskan dengan jaminan polis
ACP Suffian Sulaiman berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 61 itu berakhir hari ini.
MAIK pantau penceramah, imam sampaikan dakwah bertentangan berkaitan COVID-19
MAIK memandang serius perkara tersebut dan akan memantau situasi di negeri itu menerusi kerjasama rapat dengan ketua-ketua jajahan.
Dana yayasan: Bekas Pengerusi MCPF KL, penceramah didakwa pecah amanah, bersubahat
Bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) dan seorang penceramah pencegahan jenayah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini.
COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mentua meninggal dunia
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya positif COVID-19 manakala ibu mentuanya meninggal dunia akibat pandemik itu.
Melaka benar solat Jumaat, fardu hingga 500 jemaah
Kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di Melaka.
Polis terima 8 laporan salah laku seksual penceramah selebriti
Polis hari mengesahkan menerima keseluruhan lapan laporan membabitkan pendakwah selebriti yang didakwa melakukan jenayah seksual.
"Ampun ya Pak, saya terpaksa..." - Perompak tinggal nota selepas pecah pejabat Ustaz Ebit Liew
Lebih mengejutkan, apabila penjenayah ada meninggalkan tulisan.
Malaysia tuan rumah WESG 2019-2020 Asia Pasifik, Januari depan
Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan.