KUALA LUMPUR: Seorang penganggur disyaki mengedar dadah syabu diberkas dalam Ops Irma di Jalan Kuchai Lama di sini pada Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 8.55 malam.
"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai satu beg plastik yang berisi 10 bungkusan warna hijau mengandungi dadah syabu seberat 10.2 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM360,000.
"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan wang tunai berjumlah RM300," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Shokri berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu berperanan sebagai penghantar dadah kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur.
"Lelaki itu tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau dan hasil ujian saringan awal yang dilakukan ke atasnya didapati negatif," katanya.
Beliau berkata, suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita meminta kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat aktiviti atau kegiatan penyalahgunaan dadah melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022
Syabu yang dirampas dalam Ops Irma di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.
Polis rampas lebih 10kg syabu disembunyikan dalam tayar ganti, tahan dua warga asing
Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti kenderaan.
'Tokan' dadah lolos diri dari polis akhirnya dicekup
Suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Perlis jam 10.30 malam.
Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.
Polis tumpas kegiatan dadah didalangi wanita Thailand, rampas dadah bernilai RM520,000
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu didalangi seorang wanita Thailand berusia 30 tahun, yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor simpanan dalam tiga serbuan berasingan.
Polis Sarawak rampas syabu RM1.89 juta, remaja 18 tahun ditahan
Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif dadah.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Enam ditahan bersama syabu bernilai RM6.1 juta
Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta.
Tiga lelaki ada 10 rekod lampau, ditahan miliki heroin dan syabu
Polis menahan tiga lelaki yang keseluruhannya memiliki 10 rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah, serta merampas sejumlah dadah menerusi serbuan di kawasan kediaman di sekitar Kempas.
Polis sahkan video tular tangkapan ke atas suspek penjual syabu
Kejadian berlaku lebih kurang pada 12.20 tengah hari sewaktu pihak polis cuba menahan suspek.