KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), pembekal dan pengedarnya terus mengorak langkah ke hadapan dalam tempoh dua bulan pertama 2023, kerana kedua-dua pengeluaran dan jualan merekodkan pertumbuhan dua digit.
Pengeluaran meningkat sebanyak 32.95 peratus kepada 51,134 unit pada dua bulan pertama tahun ini berbanding 38,460 unit pada tempoh yang sama sebelumnya, dan jualan meningkat sebanyak 33 peratus kepada 46,385 kenderaan daripada 34,865 kenderaan sebelumnya.
Dalam satu kenyataan semalam, pembuat kereta itu mengaitkan prestasinya disebabkan peningkatan kecekapan dalam aspek pengeluaran, kemudahan pembiayaan kepada para pengedar Perodua yang lebihbaik serta komunikasi yang menyeluruh dalam ekosistem dan juga dengan pelanggannya.
"Walaupun masih terdapat banyak lagi cabaran berkaitan isu bekalan cip semikonduktor, peningkatan kos dan sebagainya, tetapi kami berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam pengeluaran dan jualan kami dan untuk itu kami berterima kasih kepada rakan-rakan niaga kami atas komitmen mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.
Beliau berkata setakat ini, permintaan untuk kenderaan Perodua masih kekal kukuh dan pihaknya sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluaran untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Hasilnya, purata tempoh menunggu setakat 28 Februari, 2023 adalah di antara 2.5 bulan dan 8 bulan tertakluk kepada model, varian dan warna.
"Oleh yang demikian, kami memohon maaf kepada para pelanggan kami dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambah baik lagi pengeluaran dan pendaftaran kami pada bulan-bulan yang akan datang," katanya.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata unjuran industri automotif dijangka positif memandangkan keadaan ekonomi semasa adalah kekal stabil.
"Tumpuan semasa kini adalah kestabilan tenaga kerja, terutama sekali kepada para pembekal automotif bagi memastikan pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi.
"Kami juga berharap penggubal dasar dapat terus berkomunikasi dengan ekosistem berhubung sebarang perubahan polisi masa hadapan yang mungkin memberi kesan kepada industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Zainal Abidin berkata, permintaan untuk kenderaan Perodua masih kekal kukuh dan pihaknya sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluaran untuk memenuhi permintaan tersebut.
Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Kuwait umumkan Kabinet baharu
Dekri Amir Kuwait dikeluarkan pada petang Ahad, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
[TERKINI] Pembangunan kasino di Forest City adalah fitnah - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi menegaskan dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino adalah fitnah liar dan tidak benar.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama
Pelik tapi benar - enjin kereta baharu itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula!
Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua
Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perodua.
Bezza terlaris, prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat separuh pertama 2023
Pengeluaran dan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk separuh pertama 2023, masing-masing meningkat 17 peratus dan 13.6 peratus.
Perodua lancar Axia E mampu milik, harga bermula RM22,000
Perodua melancarkan model Perodua Axia E mampu milik hari ini, menyasarkan terutamanya kepada penunggang motosikal, sekolah memandu dan kumpulan berpendapatan rendah.