KUALA LUMPUR: Kemudahan digital Platform THiJARI telah menarik lebih satu juta pengguna sejak pelancarannya pada Februari tahun lepas, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata pendeposit ternyata cenderung dengan penggunaan teknologi dan kemudahan digital yang disediakan.
"THiJARI adalah inisiatif dan komitmen TH untuk memudahkan lebih lapan juta pendepositnya untuk melakukan transaksi secara dalam talian dengan selamat tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan.
"Setakat ini, THiJARI telah merekodkan purata 50 ribu transaksi sehari dan sebanyak 1.5 juta transaksi sebulan, melibatkan nilai deposit lebih daripada RM200 juta melalui dalam talian," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, jumlah transaksi melalui THiJARI juga telah melonjak tiga kali ganda dalam masa setahun yang lepas.
"Ini menggambarkan permintaan yang tinggi daripada pengguna dan pendeposit yang semakin selesa dengan perkhidmatan digital yang ditawar oleh TH," tambah beliau.
TH berharap lebih ramai akan mendaftar sebagai pengguna THiJARI kerana ianya selamat, lebih mudah serta menjimatkan masa dan kewangan.
Para pendeposit boleh melaksanakan transaksi secara dalam talian seperti urusan pertanyaan baki, cetak penyata, simpanan melalui pindahan, semak status haji, pendaftaran haji dan rayuan haji di mana sahaja mereka berada termasuk di luar negara.
Pendaftaran adalah mudah dengan pendeposit hanya perlu melakukan tiga langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI, www.thijari.com.my.
Seterusnya, aplikasi THiJARI boleh dimuat turun terus daripada Google Play atau App Store secara percuma ke telefon pintar atau tablet.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Setakat ini, THiJARI merekodkan purata 50,000 transaksi sehari dan 1.5 juta transaksi sebulan.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Elak layari laman web palsu THiJARI - TH
Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).
TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.
TH tawar perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI
Perkhidmatan itu bagi menggalakkan pelaksanaan bayaran pada kadar yang ditentukan sebelum jemaah tiba di Tanah Suci Mekah.
Pendeposit boleh kemas kini maklumat peribadi melalui aplikasi THiJARI
TH komited menyediakan perkhidmatan terbaik dan mesra pelangan kepada para pendeposit termasuklah urusan dalam talian.
Pengguna THiJARI cecah lebih 1 juta
Pendeposit ternyata cenderung dengan penggunaan teknologi dan kemudahan digital yang disediakan.
Kemudahan digital galak pendeposit TH tambah simpanan sewaktu pandemik
Umat Islam di Malaysia kini boleh melakukan hampir keseluruhan transaksi kewangan berkaitan urusan haji secara dalam talian.
TH perkenal VAO, pembukaan akaun secara maya
Inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.
PKP: Kaunter TH beroperasi secara janji temu mulai Selasa
Pendeposit boleh membuat janji temu dengan melayari laman sesawang TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik pada menu pilihan urusan janji temu yang akan dimuat naik bermula hari ini.
Rayuan haji kini lebih mudah menerusi aplikasi THiJARI
Kemudahan terbaharu itu dibina bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat rayuan.