KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua tuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diketahui pada 28 Okt ini.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.
"Saya perlu meneliti dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak yang lebih 500 muka surat. Oleh itu, keputusan ditetapkan pada 28 Okt ini, 9 pagi," kata hakim itu.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinderjit Singh, Farhan Read dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.
Pada 12 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan seramai lapan saksi pada perbicaraan yang bermula 21 Mei 2021.
Antara saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan R.Uma Devi, Pengurus Cawangan CIMB Bank Bukit Tunku Rosnita Ahmad, bekas pegawai LHDN Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad dan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Farid Jabar.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya, iaitu cek RM4.3 juta diterima pada 13 Sept 2013 manakala RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya. - Gambar fail
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Tunggakan cukai: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Pendakwaan tarik balik rayuan, keputusan lepas dan bebas Shafee kekal
Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.