KOTA KINABALU: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menyamar, masing-masing sebagai Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jun lepas.
Aries Ryan Philip Among, 29, dituduh menipu seorang individu dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sehingga mendorong individu itu untuk memasukkan RM8,000 ke dalam sebuah akaun kononnya untuk sumbangan lembu korban, pada pukul 11.46 pagi 24 Jun tahun lepas.
Dia juga didakwa menipu individu sama dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sehingga mendorong mangsa memasukkan RM27,000 ke dalam sebuah akaun kononnya sebagai sumbangan untuk menghadiri konvokesyen anaknya di Sydney, Australia, dan RM14,300 ke dalam akaun lain sebagai pinjaman, pada pukul 11.22 pagi 30 Jun lepas.
Aries Ryan dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu melalui aplikasi Whatsapp di Banglow No 3, Perumahan Desa Aman, Jalan Kepayan di sini; dan berdepan tuduhan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia juga berdepan dengan dua pertuduhan alternatif menipu individu sama, dengan pertuduhan alternatif pertama memperdaya individu untuk memasukkan RM8,000 ke dalam sebuah akaun kononnya untuk sumbangan lembu korban, pada pukul 11.46 pagi 24 Jun lepas.
Bagi pertuduhan alternatif kedua Aries Ryan dituduh menipu individu sama dengan menyamar sebagai Azam sehingga mendorong mangsa memasukkan RM27,000 ke dalam sebuah akaun kononnya untuk sumbangan menghadiri konvokesyen anaknya di Sydney, Australia, dan RM14,300 ke dalam akaun lain sebagai pinjaman, pukul 11.22 pagi pada 30 Jun tahun lepas.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu melalui aplikasi Whatsapp di tempat sama; dan berdepan tuduhan atas Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Jason Juga kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekali setiap dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Aries Ryan membayar deposit jaminan RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee dan tertuduh diwakili peguam Mohd Amirul Amin.
Hakim menetapkan 14 Feb ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Hakim Jason Juga kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekali setiap dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah. - Gambar hiasan
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia! #JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia!
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Malaysia juga berdepan risiko jenayah AI - Pakar
AI itu membuat penaakulan dan berfikir seperti manusia, menawarkan manfaat yang begitu besar, khususnya bagi meningkatkan lagi kecekapan.
Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat - Bukit Aman
JSJK Bukit Aman kesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
Dua bekas anggota penguat kuasa ditahan disyaki minta rasuah RM18,000
Kedua-dua suspek menyamar sebagai pegawai Unit Risikan Bukit Aman meminta balasan untuk tidak mengambil tindakan bagi kes pengubahan wang haram terhadap mangsa.
Peniaga didakwa menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
Aries Ryan Philip Among, 29, dituduh menipu seorang individu dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
Pesara kerugian RM127,560 jadi mangsa 'phone scam'
Mangsa melakukan tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.
Pekerja kilang didakwa menyamar, kemuka kad pengenalan palsu untuk beli motosikal
Seorang lelaki berhadapan dua pertuduhan iaitu menyamar dan mengemukakan dokumen palsu bagi pembelian sebuah motosikal, Ogos tahun lalu.
Macau Scam: Penolong pegawai dakwa kerugian RM215,100
Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.
Mahu tuntut ganjaran 'Touch n Go', tapi rugi lebih RM21,000
Mangsa berusia 36 tahun dari Raub menerima panggilan suspek berhubung akaun e-wallet tamat tempoh dan 750 mata ganjaran belum dituntut.