Penyelam warga Britain, Perancis yang hilang di Mersing ditemukan selamat

Siti Nur Aqilla Omar
April 9, 2022 02:12 MYT
Adrian Peter Chesters (atas, kanan), Alexia Alexandra Molina (atas, kiri) serta jurulatih selam Kristine Grodem (bawah, kanan) ditemukan selamat, manakala Nathen Renze Chesters (bawah, kiri) masih belum ditemukan. -PDRM
MERSING: Dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata penyelam warga Britain, Adrian Peter Chesters dan warga Perancis, Alexia Alexandra Molina dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 1 pagi, sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata mangsa diselamatkan oleh Polis Marin Wilayah 2 dan dibawa ke sebuah hospital swasta di Pasir Gudang.
"Dua mangsa hanyut tersebut telah selamat ditemui pada lebih kurang jam 1 pagi di perairan selatan Pengerang berhampiran dengan sempadan Indonesia.
"Kedua-dua mangsa ditemui selamat oleh nelayan tempatan yang sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di tempat tersebut dan kemudian telah menghubungi pihak polis.
"Kemudian kedua-dua mangsa ini telah diselamatkan oleh pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor.
"Kedua-dua mangsa ini kemudian telah dihantar ke darat dan sekarang di hospital untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil," kata Cyril.
Penyelam Hilang | Dua lagi ditemukan selamat
Mangsa yang masih hilang ialah anak kepada Adrian Peter, Nathen Renze Chesters, 14, warga Belanda.
Berdasarkan penemuan terbaharu dua penyelam itu, Cyril memaklumkan kawasan pencarian seorang lagi mangsa diubah ke arah bawah selatan.
Katanya, pihak Indonesia dan Singapura juga telah dimaklumkan berhubung penemuan dua mangsa serta pengubahan kawasan pencarian seorang lagi mangsa yang masih hilang.
BACA: 4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing
BACA: Operasi cari 4 penyelam warga Eropah hilang di Mersing ditangguh
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan Johor maklum perkembangan kepada kedutaan
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam ditemui selamat
BACA: Aktiviti selam skuba, snorkeling di Mersing diarah henti serta-merta
BACA: Sultan Johor titah semua aktiviti selam di perairan Mersing dihentikan sementara
BACA: Insiden penyelam hilang di Mersing: Kawasan pencarian mangsa diperluas
BACA: Insiden penyelam hilang di Mersing: Tindakan tegas jika sebar berita palsu
BACA: Aktiviti selam skuba, snorkeling sekitar Mersing akan diteruskan selepas penilaian risiko
BACA: Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Molina rayu pemilik bot tempatan bantu cari anak
BACA: Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
BACA: Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
#penyelam warga asing #Mersing #Adrian Peter Chesters #Alexia Alexandra Molina