KUALA LUMPUR: Malaysia berpendapat bahawa Perniagaan Inklusif (IB) adalah kunci untuk membangun kembali ekonomi dengan lebih baik dan kukuh, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Menurut Noh, oleh sebab itu, kerajaan sedang mempromosikan IB sebagai jalan bagi menangani keperluan B40 secara berskala.
"Kerjasama ini akan menjadi faktor pendorong kepada model IB apabila kami membawa bersama entiti sektor swasta, kerajaan serta masyarakat awam dalam menangani cabaran global semasa yang memerlukan pendekatan kreatif mengenai bagaimana mereka dapat bekerjasama," kata Noh pada Mesyuarat Menteri-Menteri PKS APEC ke-27 (SMEMM).
Noh mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat yang diadakan semalam (9 Okt 2021), kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
SMEMM diadakan bersama dan dipengerusikan oleh Stuart Nash, Menteri Perniagaan Kecil New Zealand dan dihadiri oleh Menteri-menteri PKS APEC serta wakil-wakilnya dari 21 ekonomi.
Bertemakan, "Join, Work, Grow, Together", ekonomi yang mengambil bahagian berkongsi amalan terbaik mereka bagi memperkuat daya tahan PKS dan membina pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam anggota-anggota APEC.
Ekonomi APEC menyedari wujudnya gangguan tetapi ekonomi-ekonomi terlibat tetap komited untuk meningkatkan kerjasama, keupayaan dan perkongsian amalan terbaik melalui APEC.
Ekonomi-ekonomi ini juga mempertimbangkan perlunya mempercepatkan penerimaan serta penyesuaian PKS terhadap inovasi digital, mendukung strategi pertumbuhan yang lebih inklusif dan menangani kesejahteraan PKS susulan ancaman pandemik semasa.
Menteri-menteri PKS dalam satu kenyataan bersama memperakui peranan penting persekitaran perdagangan dan pelaburan yang bebas, adil, tanpa diskriminasi, telus, dapat diramalkan serta terbuka untuk meningkatkan akses PKS dan mikro selain daripada pemula niaga ke pasaran antarabangsa serta rantaian bekalan bagi menangani kesan pandemik COVID-19; dan untuk membolehkan pemulihan ekonomi yang lebih berkesan.
Selain mendukung kesejahteraan PKS dan mikro, peranan penting transformasi digital, inovasi serta teknologi juga diakui amat penting dalam mempromosikan ketahanan industri tersebut dan kelangsungan perniagaan.
"Menteri-menteri PKS bersatu hati dalam memperkukuhkan kerjasama serantau untuk pemulihan PKS yang mampan di seluruh Asia Pasifik serta komited bagi menyumbang kepada Wawasan Putrajaya 2040 APEC untuk ke arah komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan damai menjelang 2040," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Menurut Noh, oleh sebab itu, kerajaan sedang mempromosikan IB sebagai jalan bagi menangani keperluan B40 secara berskala. - Astro AWANI / Shahir Omar
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
PKS Malaysia sertai CISMEF, pameran PKS terbesar di China
Malaysia akan menjadi negara hos bersama CISMEF tahun ini dalam usaha mempercepatkan akses pasaran PKS Malaysia di China.
Pematuhan antarabangsa penting untuk PKS Malaysia tembusi pasaran global - Ewon Benedick
Ewon berkata pihaknya menyediakan garis panduan untuk pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus bagi industri berkaitan.
PM Anwar sampaikan ucaptama di acara PKS terbesar Jerman hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama di acara Zukunftsag Mittelstand atau Hari Masa Depan untuk PKS anjuran BVMW.
PKS digalak bekerjasama dengan Mimos guna teknologi terkini
PKS digalakkan untuk bekerjasama rapat dengan Mimos menggunakan kepakaran mereka dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memanfaatkan teknologi terkini.
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
SC perkenal pendekatan penilaian skop berfokus kepada pengampang maklumat
Awang Adek berkata, platform pengumpulan dana dan pelaburan melalui pasaran swasta telah melalui pertumbuhan yang stabil.