KUALA LUMPUR:Pertandingan melibatkan tiga penjuru sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti hanya akan merugikan sentimen politik Melayu-Islam, termasuk kestabilan negara.
Itu pandangan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor yang turut berpandangan situasi parlimen tergantung bakal berlaku sekiranya Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berentap sesama mereka.
“Jika pertandingan tiga penjuru, hasil analisa mendapati situasi Parlimen tergantung bakal berlaku.
“PN yang telah didaftarkan oleh dua parti teras Melayu Islam (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) + Parti Islam Se-Malaysia atau Pas) dijangka memperolehi 72 kerusi, BN 51 kerusi dan PH 99 kerusi.
“Pertembungan tiga penjuru ini menatijahkan tiada mana-mana gabungan yang akan membentuk majoriti mudah 112 kerusi,” jelasnya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Meskipun ada kemungkinan PN dan BN bersetuju untuk bergabung selepas PRU, namun beliau menambah bahawa jumlah kerusi akan turut berkurang dengan drastik berbanding dua penjuru.
“Kedudukan kerusi yang sama dengan situasi sekarang bakal terbentuk. Malah analisa di atas berisiko berkeputusan lebih rendah untuk PN dan BN.
“Ini kerana ia bertentangan dengan kehendak rakyat di dalam kajian lapangan yang lebih meyakini satu gabungan yang stabil dan kukuh sebelum membuat pengundian dan bukannya selepas PRU15.
“Di samping itu juga, kerusi Islam-Melayu juga tidak akan mencapai majoriti. Paling tinggi mungkin sekitar 104 kerusi sahaja,” tambah beliau lagi.
Bukan sekadar itu, Mohd Roslan turut memperincikan bahawa situasi itu turut mengembalikan keputusan mirip PRU14 di mana PH menjadi gabungan terbesar bertunjangkan DAP yang akan memiliki sekurang-kurangnya 41 kerusi.
“Tarik-menarik ahli Parlimen akan berlaku dan akan merosakkan keyakinan rakyat serta pelabur dalam waktu kritikal untuk bersatu hati memulihkan ekonomi dan kemakmuran negara pasca wabak COVID-19,” ujarnya.
Apa pula senario jika Barisan Nasional masih kekal dengan Perikatan Nasional dan menentang Pakatan Harapan pada PRU-15?
PN+BN berpotensi untuk memperolehi dua pertiga majoriti di parlimen. Senario situasi terbaik (best case scenario) menunjukkan PN+BN akan berjaya memenangi sehingga 162 kerusi parlimen berbanding PH yang hanya mampu bertahan di 60 kerusi, jelas Dr Mohd Roslan.
“Dalam masa yang sama, PN+BN akan berjaya mengembalikan majoriti Islam dan Melayu di Parlimen yang hilang pasca PRU14.
“Sekitar 130 kerusi akan diwakili oleh wakil rakyat Islam-Melayu. Gabungan PN+BN juga akan berjaya menambah kawasan Parlimen bandar sehingga 20 kerusi.
“60 kerusi PH pula didominasi 39 kerusi DAP, 13 PKR dan selebihnya parti-parti gabungan PH yang lebih kecil,” jelas beliau.
Tambahnya, analisa ini bertepatan dengan majoriti maklum balas rakyat yang dikumpul di dalam kajian lapangan.
“Mereka bersedia memilih sebuah gabungan politik yang kuat, stabil dan inklusif (PN+BN) berbanding satu gabungan yang dilihat eksklusif (UMNO+Pas) ataupun yang didominasi oleh kaum bukan majoriti (PH).
“Populariti PN+BN sebagai gabungan yang berteraskan kaum majoriti iaitu Melayu dan disertai oleh Bumiputera Sarawak, Sabah dan parti-parti kaum Cina dan India dilihat oleh rakyat mampu mengekalkan keharmonian dan lebih stabil serta baik untuk pertumbuhan ekonomi.
“Faktor penarik kepada PN+BN ini juga berkait dengan persepsi rakyat kepada keunikan parti teras gabungan tersebut iaitu mengutamakan kebajikan rakyat (Bersatu), berintegriti tinggi (Pas) dan berpengalaman dalam pentadbiran (UMNO).
“Walau bagaimanapun, perkembangan politik mutakhir ini memperlihatkan timbul kemungkinan untuk berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru.
“Pergeseran antara UMNO dan Bersatu secara khususnya dibimbangi boleh membawa kepada perkara tersebut,” jelasnya lagi berdasarkan kenyataan yang dihantar kepada Astro AWANI.
Antara kesimpulan lain termasuk persepsi pengundi di dalam Pilihan Raya Negeri Sabah mendapati:
- Ciri-ciri berintegriti tinggi, tiada salahguna kuasa dan tidak rasuah menjadi pilihan utama pengundi Melayu diikuti oleh inisiatif pemulihan ekonomi.
- PN+BN dilihat lebih diyakini sebagai gabungan yang berintegriti kerana ia gabungan baru yang tiada bebanan imej lepas.
- Perkembangan pengundi atas pagar, condong non-partisan dan lebih terbuka semakin tinggi peratusnya.
Jelas, Presiden PINTAR itu lagi, analisa senario pertembungan dua atau tiga penjuru ini dibuat setelah mengambil kira situasi politik semasa apabila berlaku pergeseran di antara parti teras Melayu-Islam di pihak kerajaan iaitu UMNO dan Bersatu.
“Sebaliknya, pertembungan tiga penjuru akan mengheret negara ke dalam kancah ketidakstabilan yang memudaratkan segenap lapisan rakyat dan membantutkan usaha pemulihan ekonomi yang terjejas teruk.
“Bersatu dan Pas harus menghormati UMNO sebagai parti terbesar kaum majoriti Melayu di dalam pembahagian kerusi.
“Namun, UMNO pula perlu berlapang dada dan berjiwa besar dengan tidak menekan serta menuntut peruntukan kerusi yang tidak munasabah,” tambah beliau.
Untuk makluman, analisis ini selari dengan kenyataan penganalisis politik mendiang Dr Hoo Ke Ping, baru-baru ini.
Beliau menjangkakan PRU15 ini menyaksikan jika UMNO, Pas dan Bersatu bergabung, mereka akan kekal memerintah dan mendominasi menerusi pentadbiran yang disifatkan sebagai kerajaan perpaduan dalam kepelbagaian.
Kajian ini melibatkan tiga badan bukan kerajaan (NGO) ahli akademik dan profesional iaitu Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Ikatan Ilmuwan Nasional (ILMUWAN) dan NGO.
Ia berteraskan penyelidikan QGenAnalysts (QGA) yang telah berkerjasama menganalisa senario pertembungan dua penjuru (PN+BN vs PH) dan tiga penjuru (PN vs BN vs PH) berserta keputusan kajian lapangan yang dibuat sepanjang Jun–Disember 2020.
Faris Danial Razi
Wed Feb 17 2021
Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor mendapati situasi parlimen tergantung bakal berlaku jika parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan berentap sesama mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KPKT namakan orkid hibrid baharu sempena nama Agong
Orkid hibrid berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2024 di Taman Tasik Shah Alam.
Anak istimewa Sarjan Faridah kerap mencari ibunya
Nurul Jannah sering bertanyakan mengenai ibunya dan masih belum memahami bahawa ibunya sudah tiada.
AWANI Ringkas: Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Papua New Guinea - Wisma Putra
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belia perlu terap prinsip Rukun Negara sebagai asas - Aaron
Insiatif Kementerian Perpaduan kini juga tertumpu kepada pembangunan belia Malaysia yang berkualiti, melalui penerapan prinsip Rukun Negara sebagai asas.
Perkara itu dizahirkan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang yang berkata usaha jitu pelbagai pihak perlu digerakkan terutamanya dalam menyediakan belia yang memimpin masa depan negara.
Perkara itu dizahirkan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang yang berkata usaha jitu pelbagai pihak perlu digerakkan terutamanya dalam menyediakan belia yang memimpin masa depan negara.
“Rumah Kami” tonjol perpaduan dalam kepelbagaian
Pelbagai kaum, etnik dan budaya dihimpunkan dalam “Rumah Kami” bagi memberi pengenalan kepada rakyat Malaysia tentang keunikkan setiap identiti yang pelbagai.
Platform ini antara program yang direncanakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan di Johor Bahru.
Rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham di “Rumah Kami” ada perinciannya.
Platform ini antara program yang direncanakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan di Johor Bahru.
Rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham di “Rumah Kami” ada perinciannya.
Faisal Halim dijangka keluar hospital hari ini atau esok
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dijangka dapat keluar daripada hospital hari ini atau esok.
Kekejaman zionis: Situasi terkini bencana kemanusiaan di Gaza
Langsung dari bumi Gaza, Dr Abdullah Waleed, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin membawakan perkembangan terkini situasi perang, dan pengalaman dialami mereka.
SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.
Ibu, dua anak maut kebakaran rumah kedai
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nurul Bowjiya, 58, dan dua anaknya, Muhammad Ibrahim, 33, dan Rahbiah Jasmin, 20.
Gagal menang trofi, Barcelona pecat Xavi
BARCELONA telah memecat pengendali pasukannya, Xavi Hernandez Jumaat selepas gergasi Catalan itu gagal memenangi trofi musim ini.
PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH
BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.