GEORGE TOWN: Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak membenarkan seorang pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma'arof Sudin berkata pesakit itu, Affendy Mohd Yusof telah dimasukkan ke wad ICU di HPP selepas disahkan positif COVID-19 dan berada di tahap empat.
Katanya hasil pemeriksaan awal menunjukkan penurunan kadar oksigen dalam darah pesakit pada tahap membimbangkan dan rawatan terapi oksigen sudah dijalankan.
Bagaimanapun, beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit bertambah kritikal dan perlu distabilkan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan ventilator.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dan video yang ditularkan dalam media sosial Facebook semalam berkenaan isu Affendy yang mendakwa dirinya paksa ditahan di ICU dan menghubungi Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC) untuk meminta bantuan agar dapat keluar daripada hospital berkenaan.
GPMC adalah sekretariat gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa membantu mangsa atau waris mangsa yang mengalami kerugian dah kehilangan akibat pengambilan vaksin.
Dr Ma'arof, dalam kenyataan hari ini, berkata pegawai perubatan pakar rawatan rapi dan ICU telah memaklumkan dan memberi penjelasan tentang keadaan kritikal itu kepada pesakit dan ahli keluarganya.
Menurutnya pihak hospital juga telah menjelaskan berulang kali akan keadaan kritikal itu kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri tentang risiko yang boleh membahayakan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberikan rawatan tersebut.
Katanya namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan berkeras mahu pulang atas risiko sendiri.
Beliau berkata pihak hospital tidak dapat membenarkan pesakit berkenaan pulang ke rumah kerana bimbang akan risiko pesakit menyebarkan jangkitan COVID-19 kepada orang lain serta keadaan pesakit yang kritikal.
Mengenai dakwaan tidak dibenarkan makan selama empat hari ketika berada di ICU di hospital tersebut, Dr Ma'arof berkata pihak HPP menafikan perkara itu dan mengatakan pesakit di ICU diberikan makanan dalam bentuk cecair seperti susu untuk memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan komplikasi.
"Pihak hospital sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit itu dan akan berhubung untuk memberi maklumat berkala dengan ahli keluarga pesakit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
HPP tidak membenarkan seorang pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di ICU untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat 26.2 peratus - KKM
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus.
Pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan meningkat minggu lepas
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus.
Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.
COVID-19: Hanya 185 kes baharu dalam kategori tiga hingga lima
Sebanyak 24,056 kes dalam kategori satu dan dua, menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 3,951,678.
Pesakit COVID-19 lari dari hospital maut kemalangan
Seorang pesakit COVID-19 maut dalam kemalangan ketika melarikan diri dari hospital, di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di sini, pada Isnin.
Banjir: Tiga PPS khas disediakan di Kuala Krai untuk pesakit COVID-19
PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, SK Manek Urai Baru dan SK Dabong.
Kerajaan lulus pendaftaran bersyarat Ronapreve bagi pesakit COVID-19
Ronapreve mengandungi bahan aktif Casirivimab dan Imdevimab dengan kekuatan 120mg/ml.
Serba Dinamik bangunkan algoritma kesan COVID-19 menerusi bunyi batuk
Algoritma kecerdasan buatan (AI) dibangunkan oleh Serba Dinamik Artificial Intelligence Team (SDAI) berjaya mengenal pasti pesakit COVID-19 hanya menerusi bunyi batuk.
Pesakit COVID-19 maut kemalangan, motosikal ditunggang rempuh pacuan empat roda
Semakan rekod dengan Kementerian Kesihatan mendapati mangsa, Muhamad Amir Daniel, 25, positif COVID-19 dan dalam proses kuarantin.
Pesakit COVID-19 enggan terima rawatan tidak dibenar pulang
HPP tidak membenarkan seorang pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di ICU untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.