BANGKOK: Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.
Lelaki berusia 31 tahun yang merupakan pemilik sebuah pusat hiburan, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, dan ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang.
"Suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia dan dia dihantar pulang pada Isnin," menurut sumber kepada Bernama pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Biro Siasatan Pusat (CIB) berkata pihak berkuasa Thailand telah dimaklumkan mengenai penglibatan suspek dalam pembunuhan seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, suspek melarikan diri selepas didakwa menyerang pekerjanya yang dipercayai telah mencuri RM40,000 untuk berjudi dalam talian. Pekerja itu kemudian dilaporkan meninggal dunia.
Pada hari yang sama, suspek melarikan diri ke Thailand untuk mencari isterinya di Buriram.
"Setibanya di lapangan terbang, suspek ditahan dan disoal siasat. Dia ditahan dan keterangan (nya) direkodkan," menurut CIB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Menurut kenyataan itu, suspek melarikan diri selepas didakwa menyerang pekerjanya yang dipercayai telah mencuri RM40,000 untuk berjudi dalam talian. - Gambar hiasan/Unsplash
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini
UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang
Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel dilihat menerbangkan layang-layang berwarna-warni di kawasan perkhemahan sementara mereka di Rafah.
Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.
Alif Satar kemalangan
Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.
Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa
MPP UMK sambut baik keputusan KPT memberi autonomi kepada mahasiswa dan universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar?
Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman penyanyi itu di Selayang, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.