KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 19 Januari (esok) sehingga 1 Februari 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.
“Bagi daerah Seremban, KKM mengesahkan kadar insiden jangkitan di daerah ini sangat tinggi dan berlaku peningkatan kes secara ketara dalam tempoh 14 hari iaitu dari 777 hingga 876 kes.
“Selain itu, kebanyakan mukim di Seremban juga adalah zon merah iaitu tujuh daripada sembilan mukim. Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim adalah dalam lingkungan 56 hingga 283 kes.
“Di Port Dickson pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang melibatkan beberapa kluster iaitu daripada 35 kepada 167 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, pelaksanaan PKP adalah bagi mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-dua daerah berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri zon merah untuk tempoh 14 hari mulai 3 hingga 26 Januari, 2021.
Ia melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Sementara itu, di Sibu, Selangau serta Kanowit, Sarawak dan seluruh Kelantan pula, PKP dikuatkuasakan mulai 16 hingga 29 Januari ini.
Isabelle Leong
Mon Jan 18 2021
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKP di daerah Seremban dan Port Dickson selama 14 hari bermula 19 Januari sehingga 1 Februari 2021. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.
Gobok Makanan bantu masyarakat terputus bekalan makanan di Mersing
Ikatan Anak Mersing lancar Gobok Makanan untuk bantu ringankan beban masyarakat di Mersing.
'Sorok' anak tiri dalam bonet kereta untuk rentas daerah, beli pakaian di pasaraya
Tindakan seorang wanita 'menyembunyikan' anak tirinya didalam bonet kereta bagi mengaburi mata pihak polis terbongkar semasa pemeriksaan Polis di sekatan jalan raya di Lebuhraya Butterworth Kulim.
Pasukan Liga-M manfaatkan kelonggaran MKN adakan latihan
Kebanyakan pasukan Liga-M memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran mengadakan latihan yang diberikan oleh MKN yang bermula hari ini dengan memulakan latihan sebagai persiapan menghadapi musim 2021 Mac ini.
Datuk Baharin Din Presiden dan CEO TNB baharu
Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melantik Datuk Baharin Din sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu yang baharu, berkuatkuasa 1 Mac ini.
COVID-19: Larangan rentas negeri kekal dilaksana
Larangan rentas negeri masih tetap akan dilaksanakan meskipun tiada Kluster Rentas Negeri direkodkan, setakat ini.
COVID-19: Tiada kluster rentas negeri, KKM jangka 7 atau 8 daerah akan berstatus hijau
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tujuh atau lapan kawasan di Semenanjung akan bertukar status ke Zon Hijau dalam masa terdekat.
Makluman berita palsu: Penyalahgunaan artikel Astro AWANI berkenaan PKP 2.0
Astro AWANI menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dalam berkongsi maklumat yang tidak sahih.
Warga emas gembira rumah berwajah baharu sambut Tahun Baharu Cina
Rumah mereka yang rosak akibat dilanda ribu tahun lepas berwajah baharu hasil usaha baik pulih program Sentuhan Kasih KMEK dan E-Idaman.
PM sampaikan perutusan khas petang ini
Ikuti siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri di saluran 501, astroawani.com dan semua platform media sosial Astro AWANI.