PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Berucap pada majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di sini hari ini, Menteri Kewangan itu berkata beliau menolak menerima elaun berkenaan serta gaji, selagi keadaan ekonomi di Malaysia tidak pulih sebaiknya.
"Sebentar tadi saya pengerusikan mesyuarat Khazanah...rupanya (sebagai) pengerusi (Khazanah) perdana menteri, semua ada elaun dan saya tidak tahu.
"Lepas beberapa bulan masuk akaun dalam bank iaitu elaun mesyuarat, saya beritahu saya tidak ambil. Saya terpaksa pulangkan balik elaun Khazanah dan saya beritahu mesyuarat tadi jangan bayar elaun saya," katanya.
Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.
Anwar berkata beliau bekerja dengan bersemangat kerana pernah melalui kehidupan yang susah dan pengalaman itu mengajarnya untuk membantu semua rakyat di negara ini.
"Saya lalui cara hidup yang sangat susah dan derita, (susah dan derita) mengajar saya, apabila ada kuasa cuba sebaik mungkin untuk membantu memperbaiki nasib rakyat.
"Sebab itu saya kata, saya bukan dari keluarga yang kaya dan saya tidak ambil gaji sebagai perdana menteri, kemudian ada orang kata tidak ambil gaji perdana menteri tapi ambil gaji sebagai menteri kewangan. Itu tidak betul," katanya.
Menyentuh mengenai isu kemiskinan tegar, beliau berkata kerajaan telah menyelesaikan isu berkenaan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor.
"Kita sedang usaha untuk negeri-negeri lain," katanya.
Sementara itu, Anwar mengingatkan golongan muda terutama komuniti India untuk terus menimba ilmu dan menceburi disiplin (ilmu) baharu, seperti transformasi digital dan kecerdasan buatan.
"Jangan lupa belajar bersungguh untuk capai kejayaan dan mesti ingat matlamat pendidikan untuk timba ilmu sebaik mungkin," katanya.
Anwar turut mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Kolej Tafe di Seremban, Negeri Sembilan yang dibangunkan mendiang Tun S. Samy Vellu.
Pada majlis berkenaan, seramai 671 individu menerima biasiswa dan pinjaman menerusi MIED dengan peruntukan lebih RM15 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya. - Gambar fail/Bernama
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Pelajar Malaysia di Mesir kumpul hampir 200 kitab turath ulama alam Melayu
Muhammad Nur Hadi berkata selain kitab-kitab tersebut dia juga mengumpul bahan lain seperti dokumen persuratan dan cop besi yang diukir tulisan Jawi-Arab.
Khazanah intai pelaburan dalam Oyo Hotel - Laporan
Khazanah dilaporkan sedang berbincang untuk terajui pelaburan AS$400 juta (RM1.89 bilion) dalam Oyo Hotels & Homes Pvt Ltd di India.
Braintree Technologies, Ultimeat dan Kapitani terima geran RM500,000 selepas muncul pemenang utama KIIC 2023
Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 mengumumkan tiga pemenang teratas KIIC 2023 terima geran sehingga RM500,000.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
Muzium Kota Kayang cerminan sejarah, budaya Perlis - Raja Muda
Muzium Kota Kayang adalah cerminan sejarah dan budaya serta warisan negeri Perlis.
Belanjawan 2024 capai keseimbangan tepat untuk perkukuh daya tahan negara - Khazanah
Belanjawan 2024 mencapai keseimbangan yang tepat untuk memperkukuh daya tahan Malaysia di tengah cabaran global.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2024: Memacu kemajuan sosioekonomi yang saksama dan inklusif
Belanjawan Malaysia MADANI 2024 menggariskan pendekatan seimbang antara peninggian siling dan peninggian lantai, selaras dengan wawasan Ekonomi MADANI
Tiada entiti tunggal boleh selesaikan isu perubahan iklim, keselamatan makanan, pembangunan ekonomi - Amirul Feisal
Semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, komuniti, badan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu terbabit.
Khazanah sedia menyokong 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat'
Visi 'Ekonomi MADANI' memberikan pandangan positif untuk masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global.