JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya menumpaskan 16 sindiket pengedaran dadah dengan 98 tangkapan di negeri ini, sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejayaan itu sekali gus mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang ditetapkan dalam memerangi ancaman musuh nombor satu negara itu.
Beliau berkata, bagi tempoh yang sama juga 5.08 tan metrik dadah dengan nilai sebanyak RM35.83 juta dirampas serta menyita pelbagai aset sindiket dadah di bernilai RM16.6 juta.
"Seramai 16,598 individu ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah di negeri ini dan ia merupakan pencapaian yang ketiga tertinggi di Malaysia.
"Sementara kes penagih berulang pula seramai 615 orang berjaya ditahan. Bagi Tindakan Langkah-Langkah Pencagahan Khas (LLPK) pula seramai 127 orang ditahan dan daripada jumlah itu 124 orang telah berjaya dikenakan perintah tahanan/sekatan/pengawasan.
“Bagi kadar pertuduhan kes, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berjaya tuduh sebanyak 5,728 kes manakala bagi kadar penyelesaian kes pula sebanyak 12,947 kes," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Kamarul Zaman, Polis Johor memberikan fokus kepada kawasan hotspot seperti jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan Felda bagi Op Tapis bermula Januari tahun lalu.
Katanya, seramai 1,478 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah iaitu 191 kes bekalan, 293 kes memiliki dadah dan 994 penagih dadah menerusi Op Tapis tersebut.
"Selain itu, turut ditahan dalam operasi berkenaan seramai 175 suspek yang berstatus orang dikendaki (wanted person).
“JSJN Johor juga telah menyerbu sebanyak 1,423 kali pusat hiburan di seluruh negeri menerusi Op Pusat Hiburan dan seramai 15,243 orang telah diperiksa serta 1,105 telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.
“Pada 27 September lalu, pelupusan barang kes telah dilakukan dengan sebanyak 322.13 kilogram pelbagai jenis dadah dan 1,562.6 liter cecair dadah yang dianggarkan bernilai RM5.43 juta,” katanya.
Beliau memberitahu, JSJN Johor turut menjalankan 62 operasi dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain antaranya ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) pada tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024
Kamarul Zaman berkata polis memberikan fokus kepada kawasan hotspot seperti jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan Felda bagi Op Tapis bermula Januari tahun lalu. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM22 juta naik taraf Terminal Feri Ro-Ro Labuan
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan sedia ada di Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro) di pulau bebas cukai ini.
Guru dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024
Guru sekolah rendah, Hyellene Danius mewkili Unduk Ngadau Daerah Inanam berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Kebangsaan 2024.
AWANI Borneo [31/05/2024] - Sebelum akhir Julai | Etnik, budaya & tarian | Gawai Dayak
AWANI Borneo 31 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
- PM tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai.
- Pesta Kaamatan meriah, KDCA dibanjiri pengunjung luar dan dalam negara.
- Alena Murang dan Velvet ajak semua 'Berjugit Betanda Menari'
- PM tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai.
- Pesta Kaamatan meriah, KDCA dibanjiri pengunjung luar dan dalam negara.
- Alena Murang dan Velvet ajak semua 'Berjugit Betanda Menari'
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Masyarakat Dayak diseru utamakan pendidikan
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam perutusan Gawai berkata, Kerajaan Sarawak memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membolehkan rakyat negeri itu belajar dan menguasai ilmu terkini, termasuk berkaitan teknologi.
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.
KDCA lokasi pamer kemeriahan pelbagai etnik dan budaya
Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan menjadikan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) tempat tumpuan ribuan pengunjung dari seluruh pelusuk Sabah termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Kerajaan pusat sokong cadangan pembinaan jambatan Labuan
Kerajaan Persekutuan hari ini menzahirkan sokongan terhadap cadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Pulau Labuan dan tanah besar Sabah yang sudah lama tertangguh sementara menunggu laporan komprehensif mengenai implikasinya.
Kewujudan akan dibincang semula, dikendali KKDW
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu pewujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) akan dibincangkan semula.
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000
Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia.
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.
Lapan lagi ahli Geng Upik termasuk bekas anggota polis diburu
Lapan termasuk seorang bekas anggota polis yang dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dikenali Geng Upik sedang diburu polis.