JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan kes kematian seorang wanita di sebuah bilik hotel di sini pada awal pagi tadi tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda berlaku pergelutan di dalam bilik hotel wanita itu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai seorang wanita yang tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik hotel pada kira-kira 3.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan oleh pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tiba di lokasi mengesahkan wanita berumur 40-an itu telah meninggal dunia.
"Kes disiasat di bawah mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis JBS di 07-228 2323 atau pegawai penyiasat Inspektor Asri Jamalin di talian 014-627 0324 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Raub Selamat berkata siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda berlaku pergelutan di dalam bilik hotel wanita itu. - Gambar fail/FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Polis sahkan kematian wanita di hotel tidak libatkan unsur jenayah
Polis mengesahkan kes kematian seorang wanita di sebuah bilik hotel di sini pada awal pagi tadi tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Pemilu 2024: Kes manipulasi data dan pemalsuan, pengundian semula di Kuala Lumpur esok
Pengundian semula akan bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang waktu Malaysia.
Polis sahkan kematian kanak-kanak autisme di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah
Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, semalam.
Dua beranak rentung: Tiada unsur jenayah dikesan - Polis
Melalui keterangan saksi yang merupakan suami dan bapa mangsa, kebakaran dipercayai bermula di bahagian dapur pondok berkenaan.
PDRM laksana siasatan menyeluruh kes anggota polis guna kekerasan
Azri berkata PDRM tidak akan berkompromi terhadap anggota-anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu sekiranya terdapat unsur jenayah.
Maut patah tengkuk, polis siasat kemungkinan kematian pempengaruh ada unsur jenayah
Polis masih melakukan siasatan jika benar kematian pempengaruh sukan bina badan Justyn Vicky melibatkan sebarang unsur jenayah.
Siasatan kebakaran Wisma Jakel di peringkat akhir, tiada unsur jenayah ditemukan
Siasatan peringkat akhir kejadian kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Kebakaran Kampung Cina tiada unsur jenayah - Bomba
Bomba Terengganu tidak menemui sebarang unsur jenayah sebagai punca kejadian kebakaran melibatkan deretan rumah kedai di Kampung Cina Ahad lepas.
Kejadian dua beradik rentung tiada elemen jenayah- KP Johor
Kejadian dua beradik rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri semalam tidak melibatkan elemen jenayah.
Mayat lelaki terapung, polis sahkan tiada unsur jenayah
Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum pada Khamis lepas, tiada unsur jenayah.