KUALA SELANGOR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang membuat siasatan forensik terhadap akaun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings bagi mengesan kesalahan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan dakwaan kerugian dialami universiti itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada UiTM dan telah menerima dokumen berkaitan.
"Setakat ini kita dapat dokumen-dokumen yang diperlukan, jadi pihak siasatan (pegawai penyiasat) perlu kaji atau membuat siasatan forensik akaun terhadap akaun UiTM sebab perkara itu sudah berlaku.
"Kita perlu melihat bagaimana ia (kerugian) berlaku. Mungkin kehilangan disebabkan projek-projek tertentu, campur-campur, ia (kerugian) menjadi makin tinggi (nilainya)," katanya selepas majlis perasmian cawangan baharu SPRM di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan UiTM melalui sayap pelaburannya mengalami kerugian terkumpul sebelum cukai sehingga RM157.04 juta selama empat tahun berturut-turut dan RM157.8 juta dalam tempoh 10 tahun.
Azam berkata siasatan dilakukan terhadap universiti itu sejak dua tahun lepas adalah berdasarkan aduan diterima pihaknya dan sedang mengesan jika berlaku sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM.
"Kadang-kadang apabila berlaku ketidakpatuhan dalam sesuatu badan, contohnya perolehan dan sebagainya... yang penting pegawai menyiasat (SPRM), mereka hendak melihat ada atau tidak elemen salah guna kuasa atau rasuah di situ," katanya.
Mengulas mengenai cawangan baharu SPRM di sini, beliau berkata usaha itu bagi memperluaskan perkhidmatan pihaknya sekali gus memudahkan masyarakat setempat berurusan dengan suruhanjaya tersebut.
"Perpindahan pengoperasian SPRM cawangan Klang ke sini adalah menjadi keperluan memandangkan pembangunan pesat di daerah Kuala Selangor selain kedudukan strategik yang berada di jajaran Pantai Barat Negeri Selangor," katanya.
Pejabat tersebut terletak di Plaza Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di sini berkeluasan 6,170 kaki persegi dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik kebal, bilik temu bual bervideo (VIR), bilik merakam kenyataan dan sebagainya selain menempatkan 16 warga kerja.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi SPRM cawangan Kuala Selangor di talian 03-32814855 atau 03-32814865 dan faks 03-32814830.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Menurut Azam, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada UiTM dan telah menerima dokumen berkaitan. - fotoBERNAMA
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
Mahkamah tolak permohonan Daim, keluarga cabar siasatan SPRM
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya gagal dalam usaha mereka mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka.
Tun Daim, keluarga mohon SPRM hentikan siasatan
Tun Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan SPRM, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd.
SPRM tahan pengerusi pertubuhan kebajikan kemuka permohonan palsu
SPRM Terengganu menahan seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana disyaki mengemukakan permohonan bantuan persekolahan tidak wujud bernilai RM5,000.
[KOLUMNIS] Sukarkah menzahirkan komitmen antirasuah?
Tahun ini merupakan ulangtahun ke-56 SPRM, agensi khusus yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang rasuah serta bertanggungjawab dalam menggerakkan inisiatif pergerakan antirasuah di Malaysia.
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
SPRM Sabah tahan tiga individu termasuk anggota penguat kuasa
SPRM Sabah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.
SPRM tahan penjawat awam bantu siasatan terima rasuah lebih RM20,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 sepanjang dua tahun lepas.