SIBU: Kejadian merusuh di sebuah pusat hiburan di bandar ini pada awal pagi Sabtu yang menyaksikan lima lelaki diberkas dan empat individu mengalami kecederaan, tiada kaitan dengan gengsterisme.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian terbabit berlaku apabila seorang daripada suspek dalam keadaan mabuk bertindak mengganggu seorang ahli keluarga empat individu itu yang turut minum di pusat hiburan berkenaan.
Beliau berkata kira-kira 1.44 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam lalu membuat serbuan dan menangkap lima lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 55 tahun.
Zulkipli berkata kelima-lima lelaki itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut, manakala empat individu yang cedera telah mendapat rawatan di Hospital Sibu.
"Akibat gangguan berkenaan, berlakunya pertengkaran mulut dan pergaduhan sampai ke luar pusat hiburan.
"Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu empat kes jenayah dan satu kes narkotik. Pihak polis kini berusaha mengesan suspek yang masih bebas," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi polis melalui talian 084-344111 atau 011-31873715 (Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Polis menerima laporan daripada orang awam lalu membuat serbuan dan menangkap lima lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 55 tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Polis kesan lapan individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands
Kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.
Rusuhan di pusat hiburan di Sibu tiada kaitan gengsterisme - Polis
Kejadian merusuh di sebuah pusat hiburan di bandar ini pada awal pagi Sabtu yang menyaksikan lima lelaki diberkas dan empat individu mengalami kecederaan, tiada kaitan dengan gengsterisme.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Depot Tahanan Imigresen Bidor ditutup sementara untuk siasatan menyeluruh
Siasatan akan dilakukan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, PDRM untuk mengenal pasti punca sebenar rusuhan.
Trump rayu batal keputusan Mahkamah Agung Colorado
Trump sedang berusaha membatalkan keputusan mahkamah tertinggi di Colorado bahawa beliau hilang kelayakan daripada pengundian negeri untuk pilihan raya 2024.
Puluhan cedera termasuk 26 anggota polis rusuhan di festival budaya Eritrea
Kira-kira 200 orang perusuh berkumpul di kawasan luar festival sebelum menyerang pengunjung dan pihak polis.
Polis buru suspek rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit
Polis sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari semalam.
Polis tahan 10 lelaki terlibat rusuhan di bulatan Pulau Carey
Polis menahan 10 lelaki warga tempatan kerana terlibat dalam kejadian merusuh di bulatan Pulau Carey dekat sini pada Sabtu.
PRN: Polis terima laporan hantaran palsu wujud rancangan merusuh
Polis menerima satu laporan berhubung hantaran palsu di laman sosial yang mendakwa wujud perancangan untuk mengadakan rusuhan oleh sebuah gabungan parti politik.
Rusuhan di Perancis beransur reda
Terdapat keganasan berlaku di Perancis pada Ahad malam tetapi rusuhan yang menggegarkan negara itu selama beberapa hari semakin reda, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).