Bilangan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal sebanyak 682 kes selepas tiada pertambahan kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ini lima perkara penting dalam kenyataan media dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini:

1) Tujuh kluster COVID-19 masih aktif setakat ini.

2) Tiada pertambahan jumlah kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kes pulih dan discaj kekal 659 kes atau 96.63 peratus.

3) Empat kes positif COVID-19 masih menerima rawatan di wad isolasi hospital melibatkan tiga kes di Hospital Umum Sarawak dan satu kes di Hospital Sibu.

4) Hari ini dua kes individu dalam siasatan (PUI) baharu dilaporkan manakala satu kes masih menunggu ujian makmal.

5) Jumlah kematian kekal dengan 19 kes atau 2,79 peratus.