KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai jurutera kimia untuk menyokong industri petrokimia negeri, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
"Terdapat dua cadangan pelaburan (masuk ke Sarawak) dengan setiap satu bernilai AS$6 bilion dan pelaburan ini berkaitan pengasingan gas dan ia adalah proses yang rumit.
"Justeru, dengan pelaburan akan datang ini kita memerlukan lebih ramai jurutera kimia di Sarawak," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Institusi Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sarawak malam tadi.
Abang Johari juga menggesa IEM supaya dapat menarik minat belia megikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia.
"Sarawak juga mempunyai rizab gas yang baik, lebih 60 peratus daripada rizab gas Malaysia berada di Sarawak.
"Kita perlu menambah nilai kepada gas kita, kita tidak boleh lagi hanya mengeksport LNG (gas asli cecair). Banyak boleh diproses daripada gas kita dan untuk itu kita memerlukan ramai jurutera kimia," katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata jurutera adalah pemain utama dalam merealisasikan wawasan Sarawak untuk mencapai ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Apa yang penting adalah untuk kita menaik taraf infrastruktur - jalan raya, jambatan, bekalan elektrik dan air, kemudahan telekomunikasi, pengangkutan awam, pelabuhan dan lapangan terbang.
"Tanpa infrastruktur yang baik, kita tidak akan dapat mencapainya pada 2030," katanya.
Abang Johari berkata sebanyak 10,432 jurutera profesional mempunyai sijil amalan di Sarawak, manakala 9,465 lagi dalam proses mendapatkan sijil kejuruteraan profesional mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Abang Johari merasmikan logo baru Institusi Jurutera Malaysia cawangan Sarawak malam tadi. Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (dua, kiri) dan Pengerusi IEM Sarawak Datuk Ir Janang Bungsu (kanan). --fotoBERNAMA
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.