KUALA LUMPUR: Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful bagi kediaman mereka dan 74 peratus pemilik rumah tidak mendapatkan perlindungan insurans bagi impak kerosakan banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad Shamsul Azman berkata, hasil kaji selidik dijalankan Zurich Malaysia pada September tahun lepas turut mendapati 43 peratus pemilik kediaman tidak tahu isi kandungan rumah iaitu barangan di dalam rumah tidak semestinya dilindungi insurans atau takaful.
"Dengan keadaan kita yang menghadapi banjir setiap tahun saya agak bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi ini, kerosakan daripada banjir besar tahun lepas dianggarkan secara keseluruhannya bernilai RM6.1 bilion.
"Dua perkara yang ketara ialah kerosakan pada rumah iaitu kira-kira RM1.2 bilion manakala kerosakan pada kenderaan dalam anggaran RM1 bilion, jumlah kerugian yang sangat tinggi ini boleh diminimumkan dengan perlindungan takaful ataupun insurans," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Shamsul berkata, hasil kajian itu turut mendapati 59 peratus daripada pemilik kenderaan tidak mempunyai perlindungan mencukupi untuk kerosakan banjir oleh itu, golongan berkenaan disaran menambah perlindungan tambahan peril khas bagi melindungi kenderaan daripada kerosakan berpunca bencana itu.
Bagi perlindungan kenderaan, beliau berkata polisi insurans dan takaful Zurich Malaysia untuk peril khas memberi perlindungan kepada kenderaan termasuk ketika kenderaan dipandu atau dalam keadaan statik.
Beliau berkata selain itu, Zurich Malaysia turut menawarkan pelan Z-Home Protect Takaful secara konvensional dan patuh syariah untuk melindungi rumah dan isi kandungannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi. - Gambar hiasan
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Hanya bas dibenarkan, van pelancong dari Thailand tidak dibenarkan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan hanya bas dri Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia, van pelancongan dari negara itu tidak dibenarkan kerana khuatir menjejaskan industri pelancongan negara.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.
Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'
10 tahun memperkasa rakyat Malaysia penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang inovatif dan patuh Syariah.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan
Inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.
Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.
SOP baharu umrah telah siap - Nancy
Antara yang diperhalusi ialah masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.
Macau Scam: Pesara awam rugi lebih RM1.6 juta
Seorang wanita yang merupakan pesara awam di Sibu kerugian lebih RM1.63 juta akibat sindiket 'Macau Scam' dalam tempoh dua bulan ini.
Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan
Penambahbaikan serta reformasi pada aspek pembiayaan penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan.