awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai pengimport daging hanya boleh didedahkan selepas selesai kes mahkamah - Dr Zulkifli

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/01/2021
04:13 MYT
Senarai pengimport daging hanya boleh didedahkan selepas selesai kes mahkamah - Dr Zulkifli
Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, perkara itu itu akan didedahkan mengikut ruang lingkup halal yang diuruskan Jakim. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA:Senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini hanya boleh didedahkan selepas selesai pendakwaan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah.
Itu kenyataan baharu yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau memaklumkan, perkara itu akan didedahkan mengikut ruang lingkup halal yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Insya-Allah tapi cuma, selepas pendakwaan di mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Terdahulu, selepas majlis pelepasan misi bantuan banjir, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perkarangan Kompleks Islam, Putrajaya Zulkifli memberitahu, pendedahan itu akan dilakukan bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal.
Akhbar melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.
SPRM Johor sebelum ini menahan beberapa individu termasuk pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), pengarah syarikat dan ejen penghantaran kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.
BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Kartel daging haram: Kerajaan teliti SOP pensijilan halal minggu ini - Zulkifli
BACA: Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini
Topic Berkaitan
#JAKIM
#SPRM
#Halal
#Perdana Menteri
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#kartel daging
#daging seju beku
#syarikat pengimport
#kastam
#Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan