KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tersentuh dengan solidariti rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberi sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa yang diterajui bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Penyanyi lagu Cindai yang juga Pengasas dan Pengerusi bersama Yayasan Nurjiwa itu tidak dapat menahan sebak ketika menzahirkan terima kasih atas kemurahan hati rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin dari Gaza yang kini berada di Rafah dan sangat memerlukan bantuan terutamanya makanan.
"Ada yang bagi RM5, ada yang bagi RM10 sahaja, tapi sumbangan diterima setiap hari, tak berhenti, itu yang membuatkan saya tersentuh. Saya memang tersentuh sangat bila cakap pasal (rakyat) Gaza yang saya anggap macam keluarga
Pada bulan Ramadan tentunya mereka melakukan ibadah puasa dalam keadaan tertekan, kita cuba bantu setakat yang kita mampu," katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Infaq Ramadan oleh Yayasan Nurjiwa di sini hari ini.
Tanpa mendedahkan jumlah kutipan yang tepat, ibu kepada dua anak itu berkata yayasan itu berjaya menyalurkan sumbangan kewangan, makanan, air bersih, pakaian dan pelbagai keperluan lain bernilai antara RM50,000 ke RM100,00 setiap bulan kepada rakyat Palestin sejak 11 Okt tahun lepas.
"Inisiatif ini walaupun secara kecil-kecilan, tapi kita teruskan usaha ini selagi ada wakil kita di sana yang boleh membantu menyalurkan sumbangan, kita teruskan," katanya.
Berkongsi lanjut berkenaan kempen Infaq Ramadan, Siti Nurhaliza berharap inisiatif itu akan menjadi ruang bagi mengimarahkan budaya bersedekah pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan termasuk di tanah air sendiri.
"Bersedekah pada bulan Ramadan mempunyai kelebihan dan ganjaran tersendiri, kalau di Makkah, misalnya masyarakat di sana seperti berlumba-lumba mahu mengumpul pahala bersedekah ini, saya harap kita boleh contohi juga di sini," katanya.
Siti Nurhaliza berkata antara bantuan yang bakal diberikan adalah kotak makanan yang akan disalurkan golongan susah yang dikenal pasti pihak yayasan itu agar golongan itu turut merasai kemeriahan menyambut Ramadan dan Syawal
Anak Kuala Lipis Pahang itu berkata, selain mengedarkan Al-Quran dan sejadah, yayasan itu turut membantu membaik pulih kerosakan di masjid dan surau selain mengadakan edaran bubur lambuk serta sumbangan baju raya kepada anak-yatim asnaf serta golongan kurang berkemampuan.
Sumbangan untuk Kempen Infaq Ramadan ini boleh disalurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa: Maybank 514486106455
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Berkenaan kempen Infaq Ramadan, Siti Nurhaliza berharap inisiatif itu akan menjadi ruang bagi mengimarahkan budaya bersedekah pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan termasuk di tanah air sendiri. - Bernama
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
CUCKOO lantik duta baharu, serlah diversiti budaya di Malaysia
CUCKOO International (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan barisan duta baharu iaitu Jaclyn Victor, Phei Yong, serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Bazar CUCKOO x RIUH #SamaSamaRaya.
Yayasan Nurjiwa bantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari
Siti meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, sekali gus membolehkan pihaknya memberikan bantuan.
“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.