KUALA LUMPUR: Kebenaran yang diberikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada enam kategori pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk pulang ke kampus bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian bermula 1 Mac lepas belum dapat melegakan ramai penuntut institusi itu.
Ada pelajar berpendapat disebabkan kaedah pembelajaran berkenaan, sesetengah projek pengajian mengambil lebih masa untuk disiapkan berbanding sesi pembelajaran biasa selain turut memberi kesan kepada tahap penguasaan mereka terhadap mata pelajaran.
Nur Anisa Abd Halim, 23, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Bahan Universiti Malaya berkata walaupun dibenarkan pulang ke kampus dan PdP kini berjalan secara hibrid, dia yang menyewa di luar kampus mendapati tidak banyak perbezaan antara PdP secara hibrid dan kelas secara dalam talian sebelum ini.
"Saya sekarang sedang menjalankan projek tahun akhir yang memerlukan saya berada di makmal. Pada masa sama, saya juga perlu hadir kelas dalam talian di rumah sewa untuk peperiksaan akhir semester ini.
"Tempoh yang diberikan untuk ke makmal iaitu seminggu dua hari sahaja sangat terhad. Saya berharap kelas pengajian secara fizikal akan kembali sepenuhnya," katanya yang dihubungi Bernama.
Nur Anisa berkata keadaan yang disebabkan oleh arahan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 itu menyebabkan projeknya mengambil masa sehingga satu semester untuk disiapkan sedangkan ia boleh selesai dalam tempoh dua minggu sekiranya kelas fizikal berjalan seperti biasa.
Sebelum ini, KPT mengumumkan enam kategori pelajar berkeperluan dibenarkan kembali ke kampus bermula 1 Mac 2021 merangkumi antaranya pelajar program sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, bengkel dan peralatan khas.
Turut dibenarkan kembali ke kampus ialah pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif untuk PdP serta pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, kecuali dari United Kingdom.
Berkongsi pandangan serupa, Siti Fatimah Huzaidi, 24, pelajar pasca siswazah di sebuah institusi pendidikan awam berkata pengajian mod penyelidikan yang dilakukannya ketika ini memerlukan lebih banyak rundingan dengan penyelianya namun kebanyakannya dibuat secara dalam talian disebabkan batasan SOP.
Walaupun tinggal di asrama universiti ketika ini, dia masih menghadapi masalah jaringan Internet di biliknya manakala rundingan dengan penyelia secara dalam talian dari pusat pengajian dan perpustakaan pula ada kekangan kerana kedua-duanya beroperasi tidak menentu disebabkan kakitangannya kadangkala perlu bekerja dari rumah.
"Saya lebih suka rundingan secara bersemuka. Sebab penjelasan penyelia lebih jelas. Apa yang perlu dibetulkan lebih mudah dan komunikasi lancar. Kalau rundingan dalam talian macam-macam isu teknikal boleh berlaku dan menyukarkan proses penyeliaan tersebut," katanya.
Bagi seorang penjawat awam, Suziyana Sukri, 46, yang anaknya bergelut dengan pembelajaran secara maya dan gagal beberapa subjek telah memberi implikasi kewangan kepada beliau dan pasangannya sebagai ibu bapa.
"Anak saya belajar bidang Multimedia Kreatif di universiti swasta dan untuk setiap satu subjek yang diulang, bayaran dikenakan hampir RM1,500. Untuk dua subjek sudah RM3,000.
"Pada mulanya saya sertai kaunseling bersama universiti itu dan masuk mesyuarat lembaga universiti untuk tahu kelemahannya tetapi anak masih belum mampu mengejar ketinggalan. Ketika itu kelas berjalan sepenuhnya secara dalam talian, akhirnya saya buat keputusan keluarkan anak dari situ dan daftar di institusi pengajian lain," katanya dengan menambah tidak semua bidang pengajian sesuai dilakukan secara dalam talian.
Suziyana berkata walaupun PdP masih berjalan secara dalam talian, anaknya yang kini mengikuti bidang Penulisan Kreatif dilihat semakin baik memandangkan bidang tersebut tidak terlalu teknikal berbanding bidangnya sebelum ini dan lebih sesuai untuk kelas secara maya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik Jabatan Pengajian Tinggi Prof Madya Dr Wan Zuhainis Saad ketika dihubungi berkata sebarang keputusan untuk membenarkan PdP berlangsung secara fizikal sepenuhnya adalah bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"JPT mengikuti keadaan dari semasa ke semasa. Kalau keadaan mengizinkan, kami akan memohon persetujuan kepada MKN," katanya.
Menurut Wan Zuhainis, JPT, IPT dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut berbincang agar pelajar IPT dan warga kerja IPT diberi dos penggalak untuk perlindungan meskipun belum terdapat sebarang keputusan berhubung pembelajaran secara bersemuka sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Ada pelajar berpendapat disebabkan kaedah pembelajaran berkenaan, sesetengah projek pengajian mengambil lebih masa untuk disiapkan. - Gambar hiasan
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Belanjawan Sarawak: Bantuan buat pelajar IPT - Abang Johari
Bantuan khusus buat pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta akan diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2024, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
PRN: Majoriti penuntut IPT berpeluang mengundi
Pada tarikh pengundian yang ditetapkan 12 Ogos itu kebanyakan pelajar juga sudah berada di kampung masing-masing.
Menu Rahmah jadi 'buruan', bantu rancakkan perniagaan kedai makan
Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menjadi 'buruan' terutamanya dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.
Bantuan tiket penerbangan kurangkan beban kewangan dan emosi pelajar
Pembelian tiket penerbangan terutama pada musim perayaan merupakan perbelanjaan yang besar dan boleh menjadi beban emosi kepada pelajar.
PRU15: Pelajar institusi KPM diberi pelepasan pulang mengundi
Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 Nov ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pelajar IPT dapat pelepasan lima hari untuk pulang mengundi
Surat telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.
Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak
Katanya, kejayaan penahanan suspek dibuat hasil kerjasama PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).
Pelajar IPT ditumbuk, ditendang kenalan lelaki
Tidak cukup dengan itu, mangsa yang berusia 20 tahun ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan selain telefon bimbit serta wang tunai miliknya dirampas.
Pelajar IPT dibenar masuk ke kampus berperingkat mulai 1 Mac
Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini.
SOP COVID-19: Kelas hibrid belum memadai, penuntut IPT masih perlu kelas fizikal
Ada pelajar berpendapat disebabkan kaedah pembelajaran berkenaan, sesetengah projek pengajian mengambil lebih masa untuk disiapkan.