PETALING JAYA: Pasangan suami isteri yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah diberkas polis selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan menggunakan cecair dadah syabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian yang berlaku di flat di Taman Medan dekat sini pada 19 Februari lalu hampir meragut nyawa anak pasangan terbabit.
"Kita telah menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu," katanya.
Shahrulnizam berkata, difahamkan bayi lelaki berusia setahun itu dihantar pasangan terbabit kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.
"Semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal. Wanita itu kemudian bertanyakan punca tingkah laku pelik bayi itu kepada ibu mangsa," katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 34 tahun mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya berusia 40 tahun.
"Susulan itu, kita menahan suami isteri terbabit di rumah mereka di Taman Medan pada 20 Februari lalu.
"Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah," katanya.
Shahrulnizam berkata, semakan dilakukan juga mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
"Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 25 2024
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan stabil. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Shahrulnizam)
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.