KOTA BHARU: Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung program subsidi bersasar, sebaliknya menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.
Beliau berkata setakat ini tiada pengumuman dibuat berhubung perkara itu, yang sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan api itu.
"Pengumuman itu biarlah dibuat oleh kerajaan sendiri dan janganlah media asing mendahuluinya. Apa pun kita sedang melaksanakan beberapa mekanisme untuk persiapkan diri, jadi bila program penyasaran itu dilaksanakan kita sudah bersedia.
"Antaranya termasuk menyediakan kemudahan kad fleet kenderaan lori untuk menikmati subsidi diesel apabila program itu dilancarkan. Sekarang kita sedang aktif mendaftarkan syarikat untuk membolehkan mereka dapat subsidi," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri di KPDN Kelantan, di sini, hari ini.
Sementara itu mengulas berhubung kenaikan gaji penjawat awam yang akan memungkinkan kenaikan harga barangan, Fuziah berkata KPDN akan melakukan pemantauan dan kawalan setiap hari untuk memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan. - Gambar fail
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
60.65 tan makanan dan minuman diselamatkan menerusi MySaveFood@Ramadan 2024 - KPDN
Pelaksanaan Program MySaveFood@Ramadan 2024 selama 26 hari di 139 bazar Ramadan berjaya menyelamatkan sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM724,770.
Lebih 2,000 penguat kuasa KPDN digerakkan pantau harga
Sebanyak 2,200 penguat kuasa dan hampir 1,000 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan digerakkan setiap hari di seluruh negara.
33,000 kg makanan, minuman bernilai RM416,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara
Kempen itu digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa daripada IPT.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
8.1 tan makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan menerusi program MySaveFood - Fuziah
Sebanyak 8.1 tan metrik makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM116,000 berjaya diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood dalam tempoh enam hari puasa tahun ini.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST diingat jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Kartel makanan ayam: Pengkhianatan tertinggi, sukarkan kawalan harga - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal.