KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) Datuk Mohd Abdul Halim Kader berkata pemilihan itu berdasarkan kepimpinan berkaliber dipamerkan Mohd Sumali yang pastinya terus mengangkat martabat sukan berkenaan di peringkat antarabangsa.
"...(terpulang kepada Mohd Sumali bagaimana) hendak laksanakan (sistem ranking berpasukan acara Premier) dalam acara sepak takraw adakah nak ikut seperti bola sepak, hoki ataupun bola tampar.
"Tanggungjawab (itu akan dilaksanakan) bersama 15 pakar dari seluruh rantau Asia termasuk Eropah untuk bermesyuarat mungkin guna zoom meeting dan boleh dilakukan bila-bila masa seperti bulan puasa nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyempurnakan Majlis Pelancaran Trofi Piala Serumpun bagi Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei ini.
Sementara itu, Mohd Sumali berkata sistem ranking dunia itu penting untuk dilaksanakan bagi memastikan setiap pasukan mengetahui tahap sebenar mereka dalam sukan berkenaan.
"Tujuan ranking ini adalah untuk melihat pencapaian di setiap negara supaya di piala dunia seterusnya ataupun kejohanan antarabangsa yang akan datang, ada sistem ranking itu untuk kumpulan dan sebagainya.
"Sebab kalau tidak nanti dia bercampur aduk sebab ada negara yang mungkin belum sampai ranking tersebut, kita tak boleh satukan dalam satu kejohanan, dia kena pecah-pecahkan ikut ranking," katanya.
Pada kejohanan dunia di sini, sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan dengan 12 pasukan bersaing bagi kategori Premier dan sembilan pasukan bagi kategori Divisyen 1.
Sebanyak 12 negara dalam saingan Premier terdiri daripada Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina.
Divisyen 1 pula ada sembilan negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Mohd Sumali berkata sistem ranking dunia itu penting untuk dilaksanakan bagi memastikan setiap pasukan mengetahui tahap sebenar mereka dalam sukan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak, PSM buat siasatan dalaman
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
PSM harus peka, ambil iktibar insiden padang rosak
PSM perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.
PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
PSM rancang perkenal Program Pembangunan Sepak Takraw Negara
NSDP akan tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Pendidikan (KPM).
ISTAF terima kembali PSM
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diterima semula sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkuat kuasa 15 Julai lepas.