PUTRAJAYA: Pengguna domestik kategori kediaman serta pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri di Semenanjung Malaysia tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 melalui pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).
Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata pelaksanaan mekanisme ICPT itu membolehkan pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan serta tiada surcaj dikenakan untuk pengguna domestik manakala surcaj 3.70 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik dikekalkan.
ST dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan jumlah keseluruhan peruntukan pemberian rebat dan kos surcaj ICPT yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.
Menurut ST, kerajaan pada 24 Jun (2022) telah bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT bagi pengguna di Semenanjung dilaksanakan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022.
"Dengan mengekalkan pemberian rebat semasa dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM2.3 bilion untuk menanggung kos tersebut," menurut kenyataan itu.
ST memaklumkan kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM3.5 bilion untuk memastikan surcaj ICPT semasa dikekalkan kepada pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri daripada dikenakan keseluruhan surcaj yang sepatutnya pada 11.81 sen/kWj.
Menurut ST, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM7 bilion atau bersamaan dengan surcaj ICPT pada kadar 11.81 sen/kWj bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2022.
Ia ekoran kenaikan harga arang batu di pasaran dunia sehingga mencecah AS$265 per tan berbanding dengan kadar AS$79 per tan yang diunjurkan dalam kadar tarif asas Tenaga Nasional Bhd (TNB), dan antara puncanya adalah berikutan krisis global yang berlaku dan kekangan bekalan arang batu dunia.
Lebih 80 peratus daripada elektrik yang dijana di Malaysia menggunakan arang batu dan gas.
Menurut ST, di bawah mekanisme ICPT, kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos terlibat.
Sebagai langkah untuk meminimumkan kos bil elektrik, pengguna elektrik di Semenanjung digalakkan untuk memanfaatkan Program Net Energy Metering (NEM), selain digalakkan untuk melaksanakan langkah-langkah menggunakan elektrik dengan cekap.
Pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik melalui portal www.myelectricitybill.my dan memasukkan unjuran harga arang batu dan gas serta kadar tukaran wang asing untuk membuat anggaran kos ICPT pada tempoh pelarasan tarif akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
Lebih 80 peratus daripada elektrik yang dijana di Malaysia menggunakan arang batu dan gas. - Gambar hiasan/ Dagangnews.com
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
SESB tidak punya kuasa naik, luluskan tarif elektrik di Sabah - Pengerusi
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.
Peniaga kecil lega tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik
Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan peniaga kecil dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
Pantau penggunaan elektrik, elak membazir
Penjimatan dengan pengurangan jam penggunaan antara cara paling mudah bagi pengurangan bil elektrik namun memerlukan komitmen pengguna.
Pelaksanaan ICPT terkini neutral ke atas TNB
Keputusan dibuat berikutan harga bahan api yang tinggi digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Julai hingga 31 Dis 2023.
Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
Belanjawan 2024: Semak semula tarif elektrik bagi penghuni strata - MIPFM
MIPFM berharap kerajaan akan menyemak semula tarif elektrik bagi penghuni strata, terutamanya pangsapuri berservis yang hanya dikhususkan untuk kegunaan kediaman.
Kerajaan masih tanggung RM10.8 bilion subsidi elektrik
Kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.
Thailand kecualikan visa pengembara China, Kazakhstan untuk lima bulan
Thailand akan mengecualikan keperluan visa bagi pengembara dari China dan Kazakhstan untuk tempoh lima bulan mulai 25 September hingga akhir Februari, dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong.
Tarif elektrik: Jangan berdendam dengan T20 - Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berdendam dengan golongan berpendapatan tinggi atau T20.
Tarif elektrik: Jangan berdendam dengan T20 - Ka Siong
Jangan berdendam dengan T20 kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi yang akan mencipta peluang pekerjaan kepada pekerja.