KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu tebatan banjir di ibu negara dan menyifatkan tindakan saman yang mahu diambil terhadap pihaknya berkaitan perkara itu sebagai hak masing-masing.
Beliau berkata langkah tebatan banjir kilat di ibu negara telah menjalani prosedur pengauditan ditetapkan dengan sebahagian daripadanya sudah selesai manakala yang lain sedang berjalan.
"Tapi kalau nak minta hitam putih pakai surat peguam dan sebagainya, kita kena jawab ikut perundangan lah, ini melibatkan audit, audit akan buat teguran dan sebagainya.
"Sekiranya mereka nak saman juga sebab boleh pergi mahkamah dan nak publisiti, itu hak mereka, kalau nak minta penjelasan, boleh jumpa saya, esok boleh, malam ni pun boleh, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Peralatan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di sini hari ini.
Shahidan diminta mengulas laporan media berkaitan tindakan seorang peguam dan beberapa penduduk Kuala Lumpur yang berhasrat memfailkan saman meminta beliau dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberi maklumat terperinci mengenai langkah tebatan banjir di ibu negara susulan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1.
Beliau juga berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melakukan kawalan terperinci di lebih 30 lokasi panas sekitar ibu negara bagi memastikan insiden banjir kilat tidak berterusan serta berulang terutama pada musim tengkujuh yang bakal tiba.
Katanya kedua-dua pihak siap siaga daripada pelbagai aspek bagi menghadapi kebarangkalian situasi taburan hujan luar biasa termasuk sistem saliran dan kawasan tadahan selain perpindahan mangsa banjir.
Terdahulu, Shahidan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan bantuan peralatan keusahawanan seperti mesin pengisar dan perkakasan gunting rambut kepada 45 peserta Program BMTKM membabitkan penduduk empat Projek Perumahan Rakyat di ibu negara.
Program itu diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri yang bermatlamat membasmi kemiskinan tegar dan sedang dilaksanakan secara berfasa hingga akhir tahun 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Shahidan berkata, langkah tebatan banjir kilat di ibu negara telah menjalani prosedur pengauditan ditetapkan dengan sebahagian daripadanya sudah selesai manakala yang lain sedang berjalan. - Gambar fail
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
Sempurnakan projek tangani banjir demi kebaikan rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah projek menangani banjir perlu disempurnakan segera demi kebaikan rakyat.
Segerakan projek tebatan banjir di Pahang, jangan politikkan - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.
Che'gu Bard gesa siasat dakwaan rasuah tebatan banjir RM16 bilion
Chegu Bard menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Belanjawan 2024: 33 projek tebatan banjir dilaksana, kos RM11.8 bilion
24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion, manakala bakinya akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama 2024.
Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.
Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.
Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar
Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah 'fast track' atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad.
Proses tender semula enam projek tebatan banjir tidak terlalu lama - Zahid
Kerajaan tidak akan mengambil masa terlalu lama dalam proses tender semula membabitkan enam projek tebatan banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Projek tebatan banjir akan dilaksanakan sehingga tahun 2100 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perancangan yang mengambil masa selama 78 tahun itu akan dilakukan secara berfasa.